Isu New Age Movement: JAKIM beri teguran, dapatkan penjelasan Marhamah
Sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ juga telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung perkara yang dibangkitkan.

Marhamah Rosli
JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung isu dibangkitkan mengaitkan beliau dengan ajaran New Age Movement (NAM).
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, hasil pertemuan tersebut, beberapa teguran, nasihat dan panduan telah diberikan termasuk berkaitan kandungan dan pengisian program yang telah dijalankan.
Ini katanya, termasuk pendekatan yang digunakan dan mempunyai implikasi terhadap agama dan akidah.
"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui JAKIM kekal konsisten dan tegas dalam pendirian menolak sebarang ajaran, fahaman, amalan atau pendekatan yang bertentangan dengan syarak dan prinsip akidah Islam.
"JAKIM mengambil perhatian pertanyaan dan persoalan yang dibangkitkan oleh masyarakat, termasuk melalui halaman Facebook atas nama Masyitah Ashari, berhubung isu yang dikaitkan dengan NAM yang turut dikaitkan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)," jelasnya dalam kenyataan.
Beliau berkata, perkara tersebut sememangnya telah diberi perhatian serius dan melalui proses siasatan menyeluruh bagi mendapatkan pandangan serta penelitian berdasarkan disiplin ilmu dengan penglibatan autoriti yang bersesuaian.
"Sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ juga telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung perkara yang dibangkitkan.
"Sesi tersebut turut melibatkan Mufti Wilayah Persekutuan, Panel Pakar Akidah (PPA) JAKIM serta pihak berkaitan bagi memastikan perkara tersebut diteliti dari sudut disiplin akidah, autoriti agama dan latar pemikiran NAM," katanya.
Beliau memberitahu, penekanan turut diberikan agar sebarang kandungan atau pendekatan yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap akidah diperbetulkan dan dimurnikan, serta pengisian berkaitan agama sentiasa berasaskan disiplin ilmu Islam dan pandangan pihak berautoriti.
Dalam masa yang sama katanya, JAKIM menyeru masyarakat agar tidak membuat kesimpulan berdasarkan bahan yang beredar tanpa pengesahan atau di luar konteks.
"JAKIM akan terus melaksanakan amanah memelihara kesucian akidah umat Islam secara tegas, berhemah dan berasaskan ilmu serta autoriti agama," jelasnya.
Tentang Penulis
Dari Penulis

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG

Empat maut dalam kemalangan libatkan lima kenderaan
The Step · 27 September 2026 pada 10:09 PG
Berita berkaitan

“Baru 23 komen dah tutup!” – Netizen terus desak DAK dibawa pulang
Deel Anjer · 27 September 2026 pada 02:43 PTG

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG

Masalah disiplin: Ibu bapa punca, langsung tak pernah tegur anak-anak sendiri
The Step · 27 September 2026 pada 08:21 PG



