The Step - Every Story Moves You

Irene Sofiya dibunuh guna batang besi, motif dendam tolak cinta – KP Johor

Batang besi yang dililit kain tali leher itu antara barangan yang dirampas bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan.

TS
Oleh The StepPengarang Berita9 Oktober 2026 pada 03:06 PTG1 min bacaanDikemas kini 10 Oktober 2026 pada 08:06 PG
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, batang besi yang dililit kain tali leher itu antara barangan yang dirampas bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, batang besi yang dililit kain tali leher itu antara barangan yang dirampas bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan. Gambar janaan AI

POLIS percaya pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, dibunuh menggunakan batang besi sepanjang 96 sentimeter (cm), dipercayai berpunca daripada dendam suspek selepas cintanya ditolak mangsa.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, batang besi yang dililit kain tali leher itu antara barangan yang dirampas bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia akibat pukulan di bahagian kepala, selain terdapat kesan kecederaan pada tangan dan beberapa bahagian tubuhnya.

Turut dirampas, kata beliau adalah sehelai baju sukan berwarna putih merah tertera tulisan nombor 27 yang mempunyai kesan-kesan darah dan satu bag canvas mengandungi buku matematik tambahan kertas soalan SPM tertera nama mangsa.

“Pihak polis telah membuat beberapa siri rampasan barang-barang kes yang disyaki ada kaitan dengan kejadian tersebut.

“Antaranya adalah sehelai seluar tracksuit berwarna hitam, sebuah bag canvas berwarna krim mengandungi peralatan tulis, sepasang cermin mata, sepasang anak kunci lambang Yamaha, satu botol minuman berwarna merah jambu bertulis Owala, tiga helai kertas yang bercatat kehadiran-kehadiran pelajar, satu kalkulator jenama Casio berwarna merah

“Turut dirampas adalah sebuah telefon bimbit jenama iPhone, sehelai baju jersi jenama Mizuno, sehelai seluar panjang berwarna hitam, sepasang selipar jenama Adidas, satu set dekoder jenama Dahua Technology, satu batang besi panjang yang berukuran anggaran 96 cm yang dibaluti dengan kain tali leher yang kita syaki digunakan sebagai senjata untuk memukul mangsa,” katanya dalam sidang media.

Irene Sofiya ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah di sebuah dewan sekolah menengah di Yong Peng kira-kira jam 5.50 petang, 3 Oktober lalu, sebelum disahkan meninggal dunia.

Ab Rahaman berkata, siasatan hampir selesai dan kertas siasatan dijangka dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor untuk arahan selanjutnya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com