Individu menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, perdaya orang awam
Pentadbiran Istana Selangor turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan melindungi mana-mana individu yang terlibat dalam kes berkenaan.

Pentadbiran Istana Selangor turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan melindungi mana-mana individu yang terlibat dalam kes berkenaan. Foto: Instagram Royal Selangor Official
ORANG ramai dinasihatkan supaya menyemak kesahihan sebarang urusan yang dikaitkan dengan institusi istana bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan individu tidak bertanggungjawab.
Nasihat itu dikeluarkan susulan kes seorang individu yang dipercayai menggunakan nama institusi diraja dengan menyamar sebagai Pengawal Peribadi Sulit kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Individu berkenaan dipercayai memperdaya orang awam melalui urusan penjualan tanah dan kereta mewah bagi mendapatkan keuntungan peribadi.
Pejabat Sultan Selangor dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, Pentadbiran Istana Selangor mengambil maklum mengenai kes itu dan menerima laporan polis berhubung perkara berkenaan.
Menurut kenyataan itu, pihak istana memandang serius dakwaan berkenaan dan menyerahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh, adil dan telus.
Pentadbiran Istana Selangor turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan melindungi mana-mana individu yang terlibat dalam kes berkenaan.
Orang awam juga diminta membuat pengesahan dengan Pentadbiran Istana Selangor sekiranya menerima dakwaan yang mengaitkan individu terbabit dengan institusi istana bagi menjalankan sebarang urusan.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


