Hentikan drama, filem promosi buli - Asyraf Wajdi
"Saya pernah diugut untuk disaman oleh ibu bapa pelajar di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kerana atas prinsip #YouTouchYouGo yang saya tegaskan".

Asyraf Wajdi Dusuki.
'HENTIKAN segala bentu drama, filem yang mempromosikan buli secara tidak langsung atas nama pengajaran'.
Demikian tegas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang melihat perkara itu akhirnya membawa kepada perlakukan 'copycat' dalam kalangan anak muda.
Akhirnya juga jelas beliau, ia mendorong mereka berlagak seperti 'kapla', 'taiko' atau 'otai'.
Kenyataan beliau dalam hantaran terbaru di akaun Facebooknya itu dipercayai merujuk kepada kejadian terbaharu membabitkan kes kematian pelajar tingkat dua di asrama sebuah sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Dalam hantaran lain, beliau menegaskan alasan menghukum pelajar kerana melakukan apa jua kesalahan tidak mewajarkan perbuatan buli atau mengambil tindakan sendiri untuk mendisiplinkan junior.
Apatah lagi katanya, hingga membawa kepada kehilangan nyawa sebagaimana kes di Kuala Pilah itu.
"Saya pernah diugut untuk disaman oleh ibu bapa pelajar di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kerana atas prinsip #YouTouchYouGo yang saya tegaskan.
"Jawatankuasa Disiplin Maktab tersebut mengambil tindakan menyingkirkan pelajar yang terbukti membuat sentuhan fizikal atas alasan mendisiplinkan pelajar junior yang didakwa melakukan kesalahan.
"Namun, tiada kompromi dalam hal sebegini atas apa jua alasan walaupun melibatkan pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan boleh menjejaskan prestasi keseluruhan maktab," jelasnya.
Beliau menambah, tindakan tegas penting untuk memutuskan rantaian buli dan budaya yang berakar dari zaman ke zaman di mana-mana sekolah berasrama mahupun MRSM.
Tentang Penulis
Dari Penulis

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG

Empat maut dalam kemalangan libatkan lima kenderaan
The Step · 27 September 2026 pada 10:09 PG

Masalah disiplin: Ibu bapa punca, langsung tak pernah tegur anak-anak sendiri
The Step · 27 September 2026 pada 08:21 PG
Berita berkaitan

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG

Masalah disiplin: Ibu bapa punca, langsung tak pernah tegur anak-anak sendiri
The Step · 27 September 2026 pada 08:21 PG

Prasarana pasang penghadang keselamatan platform di Laluan Kelana Jaya, Ampang/Sri Petaling
The Step · 26 September 2026 pada 04:27 PTG



