Hari Malaysia: Bukan sekadar tarikh, tapi kisah rundingan
Hari Malaysia bukan sekadar memperingati sebuah tarikh, sebaliknya mencerminkan perjalanan panjang

Facebook Kementerian Perpaduan Negara
Hari Malaysia bukan sekadar memperingati sebuah tarikh, sebaliknya mencerminkan perjalanan panjang yang dibina menerusi rundingan, persefahaman dan usaha bersama dalam membentuk sebuah negara baharu.
Sempena Hari Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara menerusi hantaran di Facebook menegaskan, pembentukan Malaysia sebelum ini melalui pelbagai rundingan membabitkan pemimpin tempatan, kerajaan British serta wakil-wakil negeri yang terlibat.


Menurut hantaran itu, proses berkenaan memperlihatkan kepentingan persefahaman dan kesediaan untuk bergerak ke hadapan secara bersama dalam membina sebuah negara.
“Bukan kerana kita semua sama, tetapi kerana kepelbagaian itulah yang terus menyatukan kita dalam membina masa depan negara, satu generasi demi satu generasi,” menurut hantaran tersebut.


Jelasnya, semangat Hari Malaysia turut dapat dilihat menerusi kepelbagaian yang menjadi sebahagian daripada identiti negara, sekali gus menjadi asas kepada usaha membina masa depan bersama.
Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun memperingati pembentukan Malaysia pada 1963 yang menyaksikan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bergabung membentuk Malaysia. - THE STEP
Tentang Penulis

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Dari Penulis

“Baik mati daripada hidup!”, Dr Hisham dedah bahaya suara toksik
Deel Anjer · 16 September 2026 pada 11:07 PG

Michael Ang persoal bil elektrik meningkat… ‘Sebelum ini RM1,200, sekarang hampir RM2000’
Deel Anjer · 16 September 2026 pada 09:56 PG

‘Ramai orang ingin melihat aku jatuh’ – Aisar Khaled
Deel Anjer · 16 September 2026 pada 09:18 PG

Kebun hangus dijilat api… “Syukur kami selamat” - Ben Amir
Deel Anjer · 14 September 2026 pada 02:44 PTG
Berita berkaitan

Jabatan Imigresen gempur tapak projek hangar pesawat, 173 warga asing ditahan
Metra Syahril Mohamed · 16 September 2026 pada 09:14 PG
.jpeg&w=3840&q=75)
Kerajaan salur RM128.2 juta tingkat kesejahteraan penduduk Melaka
Metra Syahril Mohamed · 16 September 2026 pada 08:46 PG

Sindiket tukar hak milik kenderaan: SPRM sambung reman lima 'orang tengah'
The Step · 14 September 2026 pada 09:10 PTG

Jangan gadai maruah, masa depan demi kepentingan sementara
The Step · 14 September 2026 pada 03:22 PTG

