Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi naik 15 sen seliter mulai esok
Sepanjang tempoh pengiraan Automatic Pricing Mechanism (APM), harga minyak mentah Brent masih berlegar sekitar AS$100 setong.

HARGA runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi meningkat sebanyak 15 sen seliter bagi tempoh 8 Oktober hingga 14 Oktober ini. Kementerian Kewangan.
HARGA runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing meningkat sebanyak 15 sen seliter bagi tempoh 8 Oktober hingga 14 Oktober ini.
Menurut Kementerian Kewangan (MoF), harga runcit diesel tanpa subsidi pula kekal pada RM5.27 seliter.
Jelasnya, walaupun aliran minyak mentah dari Asia Barat semakin pulih, harga minyak mentah dunia kekal tinggi.
"Sepanjang tempoh pengiraan Automatic Pricing Mechanism (APM), harga minyak mentah Brent masih berlegar sekitar AS$100 setong.
"Tekanan harga kini semakin tertumpu pada produk petroleum bertapis. China menggantung sebahagian besar eksport bahan api bagi Oktober, sekali gus mengehadkan bekalan di pasaran antarabangsa," jelasnya dalam kenyataan.
MoF memberitahu, pemulihan kapasiti penapisan dan bekalan produk petroleum bertapis global kekal penting bagi mengurangkan tekanan harga dalam jangka sederhana.
Namun begitu katanya, perkembangan konflik di Asia Barat dan Russia-Ukraine terus menimbulkan risiko terhadap kestabilan bekalan dan harga petroleum dunia.
Untuk itu jelasnya, Kerajaan MADANI akan terus melindungi rakyat dan perniagaan daripada kesan ketidaktentuan global ini, termasuk dengan mengekalkan subsidi bersasar BUDI MADANI bagi pengguna yang layak.
"Pada harga semasa, penerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) terus membayar RM1.99 seliter berbanding harga RON95 tanpa subsidi RM4.67 seliter.
"Ini bermakna kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM2.68 seliter, bersamaan 57% daripada harga tanpa subsidi," katanya.
Tambah MoF, penerima BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pula terus membayar RM2.10 seliter berbanding harga diesel tanpa subsidi RM5.27 seliter, dengan subsidi kerajaan sebanyak RM3.17 seliter, atau 60% daripada harga tanpa subsidi.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


