EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Nasional

Harga RON97, RON95 dan diesel melonjak naik 35 sen mulai esok

Harga bahan api bersubsidi terus dikekalkan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga pasaran global.

Deel Anjer16 September 2026 pada 08:12 PTGDikemas kini 16 September 2026 pada 08:17 PTG
Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing meningkat

Pelaksanaan harga baharu itu berkuat kuasa mulai 17 September hingga 23 September 2026.Facebook: Kementerian Kewangan

Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing meningkat sebanyak 35 sen seliter bagi tempoh 17 hingga 23 September 2026.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), kenaikan itu menjadikan harga RON97 meningkat kepada RM4.85 seliter, RON95 tanpa subsidi kepada RM4.37 seliter, manakala diesel tanpa subsidi kepada RM5.27 seliter.

Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu berkata, perkembangan tersebut dipengaruhi peningkatan ketegangan di Asia Barat serta konflik Rusia-Ukraine yang berisiko menyebabkan ketidaktentuan harga petroleum berlarutan.

“Kekangan bekalan minyak mentah serta gangguan kapasiti penapisan terus mengehadkan output produk petroleum bertapis, sekali gus memberi tekanan kepada harga petroleum dunia,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, harga bahan api bersubsidi terus dikekalkan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga pasaran global.

Harga RON95 bersubsidi di bawah BUDI95 kekal RM1.99 seliter, manakala petrol bersubsidi SKPS kekal RM2.05 seliter.

Bagi diesel pula, harga diesel bersubsidi SKDS kekal RM2.15 seliter, sementara diesel di bawah BUDI Diesel kekal RM2.10 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, selain memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.

Pelaksanaan harga baharu itu berkuat kuasa mulai 17 September hingga 23 September 2026. - THE STEP

Tentang Penulis

Foto profil Deel Anjer
Deel Anjer

Wartawan

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Berita berkaitan