Harapan kepada wakil rakyat bahas isu keresahan pencarum KWSP
Policy Paper tersebut membawa suara 5,150 pencarum, dengan 92.7 peratus responden bersetuju supaya kerajaan mengkaji mekanisme akses bersasar kepada simpanan KWSP bagi pencarum yang benar-benar berada dalam keadaan kritikal.

Kenyataan media PGIRM.
MENJELANG pembukaan sidang Dewan Rakyat pada 5 Oktober ini, Ahli Parlimen diharap dapat membahaskan isu dan keresahan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara terbuka.
Harapan itu disuarakan Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Azmi Mohd Tahir susulan penyerahan Policy Paper KWSP Bersasar oleh pertubuhan itu bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kepada Pejabat Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, 11 September lalu.
Menurut Azmi, Policy Paper tersebut membawa suara 5,150 pencarum, dengan 92.7 peratus responden bersetuju supaya kerajaan mengkaji mekanisme akses bersasar kepada simpanan KWSP bagi pencarum yang benar-benar berada dalam keadaan kritikal," jelasnya.
Beliau berkata, selepas hampir lima tahun membawa isu tersebut, PGIRM berharap suara pencarum tidak terhenti pada penyerahan kertas dasar dan proses penilaian semata-mata.
"PGIRM tidak meminta Ahli Parlimen menyokong pendirian tertentu, sebaliknya berharap isu ini diberi ruang untuk dibahaskan berdasarkan amanah dan mandat rakyat.
"Kami sudah bersuara. Policy Paper sudah diserahkan. Kini masanya suara pencarum dinilai dan, jika wajar, dibahaskan di Dewan Rakyat," katanya.
Setelah hampir lima tahun memperjuangkan isu akses bersasar kepada simpanan KWSP, PGIRM dan PPIM menerima jemputan khas dan hadir ke Pejabat Ketua Setiausaha Sulit (KSS) kepada Perdana Menteri untuk menyerahkan Policy Paper KWSP Bersasar.
PGIRM menegaskan bahawa cadangan KWSP Bersasar ini bukan pengeluaran bebas.
Ia dicadangkan sebagai mekanisme yang bersasar, bersyarat, terhad dan terkawal , khusus untuk membantu pencarum yang benar-benar terkesan dan memerlukan.
Tentang Penulis
Dari Penulis

Isu New Age Movement: JAKIM beri teguran, dapatkan penjelasan Marhamah
The Step · 27 September 2026 pada 10:11 PTG

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG
Berita berkaitan

Isu New Age Movement: JAKIM beri teguran, dapatkan penjelasan Marhamah
The Step · 27 September 2026 pada 10:11 PTG

“Baru 23 komen dah tutup!” – Netizen terus desak DAK dibawa pulang
Deel Anjer · 27 September 2026 pada 02:43 PTG




