EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Nasional

'Flat Hijau' diserbu lagi, 84 pendatang asing tanpa izin ditahan

Tindakan tersebut katanya, merupakan kesinambungan operasi penguatkuasaan Imigresen di kawasan penempatan yang dikenal pasti mempunyai kepadatan warga asing yang tinggi, susulan tindakan penguatkuasaan yang telah dilaksanakan pada 9 September lalu.

The Step25 September 2026 pada 08:41 PTGDikemas kini 25 September 2026 pada 08:45 PTG
Antara pendatang asing tanpa izin yang ditahan dalam operasi di 'Flat Hijau".

Antara pendatang asing tanpa izin yang ditahan dalam operasi di 'Flat Hijau". — Jabatan Imigresen.

JABATAN Imigresen (Imigresen) Putrajaya menahan 84 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Op Pintu di Pangsapuri Putra Harmoni, yang lebih dikenali sebagai 'Flat Hijau', hasil tindakan berasaskan risikan dan maklumat awam.

Menurut jabatan itu, operasi digerakkan dalam dua fasa bermula pukul 11.30 pagi semalam, dengan pemeriksaan dan tindakan terhadap premis perniagaan di kawasan pangsapuri berkenaan.

Operasi jelasnya, diteruskan bermula 1.30 pagi tadi, dengan dengan sasaran utama penghuni yang disyaki merupakan PATI.

"Keseluruhannya, seramai 321 individu diperiksa dan 84 PATI ditahan, terdiri daripada 73 lelaki, sembilan perempuan dan dua kanak-kanak untuk tindakan serta siasatan lanjut.

"Operasi ini digerakkan susulan aduan awam serta maklumat yang diterima melalui media sosial, yang kemudiannya diperkukuh melalui risikan Imigresen," jelasnya dalam kenyataan.

Jabatan Imigresen memberitahu, hasil risikan mendapati terdapat warga asing yang menetap di kawasan berkenaan dan sebahagiannya dipercayai menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan tersebut.

Tindakan tersebut katanya, merupakan kesinambungan operasi penguatkuasaan Imigresen di kawasan penempatan yang dikenal pasti mempunyai kepadatan warga asing yang tinggi, susulan tindakan penguatkuasaan yang telah dilaksanakan pada 9 September lalu.

"Kita memandang serius isu penempatan PATI secara berkelompok serta aktiviti yang dijalankan tanpa mematuhi peruntukan undang-undang imigresen.

"Sehubungan itu, kita menggesa pemilik rumah dan premis supaya bertanggungjawab terhadap penyewa serta memastikan status imigresen penghuni atau penyewa adalah sah dan mematuhi syarat yang ditetapkan," katanya.

Tentang Penulis

The Step

Pengarang Berita

Berita berkaitan