FAM Trip buka peluang agensi pelancongan ‘jual’ Putrajaya
Usaha terus mempromosi Putrajaya sebagai destinasi pelancongan pilihan

Agensi berperanan mempromosikan Putrajaya sebagai destinasi pelancongan pilihan — Facebook: Perbadanan Putrajaya
Perbadanan Putrajaya kini memperkukuh usaha mempromosikan Putrajaya sebagai destinasi pelancongan pilihan menerusi penganjuran Program Familiarization (FAM Trip).
Program ini memberi pendedahan secara langsung kepada pemain industri terhadap pelbagai produk dan tarikan pelancongan di wilayah itu.
Program yang berlangsung pada 12 September lalu itu melibatkan agensi pelancongan, Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebagai platform untuk memperkenalkan pengalaman serta keunikan produk pelancongan Putrajaya dengan lebih dekat.


Menerusi program berkenaan, peserta berpeluang mengenali destinasi dan tarikan yang berpotensi diketengahkan dalam pakej pelancongan, sekali gus meningkatkan kefahaman pemain industri mengenai produk yang boleh ditawarkan kepada pelancong.
Selain memperluas pengetahuan, FAM Trip itu turut membuka ruang kepada Perbadanan Putrajaya untuk mendapatkan maklum balas daripada pemain industri berkaitan potensi, keperluan pasaran serta aspek yang boleh ditambah baik dalam sektor pelancongan di Putrajaya.
Usaha itu juga dilihat penting dalam mewujudkan jaringan kerjasama strategik antara Perbadanan Putrajaya, agensi pelancongan, Tourism Malaysia dan MOTAC bagi memperkukuh ekosistem pelancongan serta memperluaskan capaian promosi Putrajaya.


Perbadanan Putrajaya dalam satu hantaran di Facebook berkata, agensi pelancongan turut memainkan peranan penting sebagai rakan strategik pemasaran, khususnya dalam mempromosikan dan menjual produk pelancongan Putrajaya kepada pelancong.
Kerjasama melalui rangkaian industri serta saluran promosi Tourism Malaysia dan MOTAC juga dijangka dapat meningkatkan peluang kolaborasi bagi memperluaskan pasaran Putrajaya.
Ini adalah selaras dengan usaha menjadikan destinasi berkenaan antara lokasi pelancongan yang perlu dikunjungi. - THE STEP
Tentang Penulis

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Dari Penulis

Penyu belimbing kembali ke Pantai Rantau Abang, 81 telur ditemui
Deel Anjer · 14 September 2026 pada 06:59 PG

Faraj longgar sebab kerap seks? Dr Afif bongkar mitos sebenar
Deel Anjer · 13 September 2026 pada 09:02 PG

“Jangan beri ruang kepada suara negatif”... Healing Centre Dr Hisham bantu selebriti pulih emosi
Deel Anjer · 13 September 2026 pada 08:39 PG

Pengiktirafan MICPA perkukuh nilai graduan Diploma Perakaunan KPTM
Deel Anjer · 13 September 2026 pada 07:58 PG
Berita berkaitan
.jpeg&w=3840&q=75)
Lima tahun menunggu, Policy Paper KWSP Bersasar tembusi pejabat PM
The Step · 14 September 2026 pada 10:47 PG

KKM beri jaminan kesan penangguhan FDS akan diminimumkan
Metra Syahril Mohamed · 14 September 2026 pada 09:16 PG

Penyu belimbing kembali ke Pantai Rantau Abang, 81 telur ditemui
Deel Anjer · 14 September 2026 pada 06:59 PG

Polis kesan lelaki sepak kanak-kanak perempuan di kedai makan
The Step · 13 September 2026 pada 04:25 PTG

