ECRL Gombak-Kota Bharu serendah RM125, Kuala Terengganu RM95
Penetapan kadar tambang berkenaan diluluskan Jemaah Menteri pada 16 Oktober lalu

Penetapan kadar tambang berkenaan diluluskan Jemaah Menteri pada 16 Oktober lalu, Foto: Facebook ECRL
TAMBANG bagi perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Gombak ke Kota Bharu ditetapkan bermula RM125 sehala bagi kelas Ekonomi menerusi perjalanan transit, manakala perkhidmatan ekspres ditawarkan pada harga bermula RM147.
Bagi laluan Gombak ke Kuala Terengganu pula, penumpang boleh menikmati tambang transit serendah RM95 sehala, sementara tiket ekspres bermula RM110.
Sementara itu, perjalanan dari Gombak ke KotaSAS, Pahang, ditawarkan pada harga permulaan RM60 bagi perkhidmatan transit dan RM68 untuk ekspres.
Penetapan kadar tambang berkenaan diluluskan Jemaah Menteri pada 16 Oktober lalu, selaras dengan pelaksanaan mekanisme tambang dinamik yang membolehkan harga tiket diselaraskan berdasarkan waktu perjalanan, tahap permintaan dan ketersediaan tempat duduk.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


