EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Nasional

Dua Pengarah Mandiri Development Centre ditahan

Jelasnya, PDRM akan meneruskan siasatan secara menyeluruh dengan berlandaskan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes ini.

The Step23 September 2026 pada 11:34 PGDikemas kini 23 September 2026 pada 11:36 PG
Tan Sri Mohd Khalid Ismail

Tan Sri Mohd Khalid IsmailPDRM

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) membuka satu kertas siasatan berhubung kes Mandiri Development Centre Sdn. Bhd., susulan laporan terhadap syarikat berkenaan yang disyaki menerima dana hasil daripada aktiviti haram bagi tempoh 2024 hingga 2026.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Menurut beliau, kertas siasatan tersebut dibuka pada 10 September lalu.

"Pada pukul 3.53 petang semalam, kita menahan dua individu yang merupakan Pengarah Mandiri Development Centre di Pejabat Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur bagi membantu siasatan," jelasnya dalam kenyataan.

Jelasnya, PDRM akan meneruskan siasatan secara menyeluruh dengan berlandaskan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes ini.

Ini katanya, termasuk dalam aspek penyimpanan, pemindahan, penggunaan serta kemasukan atau pengeluaran wang yang disyaki mempunyai kaitan dengan hasil daripada aktiviti haram.

"PDRM turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung siasatan yang sedang dijalankan," katanya.

Tentang Penulis

The Step

Pengarang Berita

Dari Penulis

Berita berkaitan