The Step - Every Story Moves You

Dua lelaki duduk di atas bumbung kereta: Pemandu Proton Wira dikenakan tindakan saman

Lelaki tersebut disaman atas kesalahan di bawah Seksyen 47, Seksyen 26 dan Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

TS
Oleh The StepPengarang Berita26 Oktober 2026 pada 12:01 PG1 min bacaanDikemas kini 26 Oktober 2026 pada 03:01 PTG
Tindakan membahayakan membawa penumpang duduk di atas bumbung kereta.

Tindakan membahayakan membawa penumpang duduk di atas bumbung kereta.

PEMANDU kereta Proton Wira berwarna biru dikenakan tindakan saman susulan tular video dua lelaki duduk di atas bumbung kenderaan tersebut yang sedang bergerak di kawasan Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, pihaknya berjaya mengesan pemandu kereta berkenaan hasil tindakan dan siasatan yang dijalankan.

Jelas beliau, lelaki tersebut disaman atas kesalahan di bawah Seksyen 47, Seksyen 26 dan Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seorang lelaki disaman berkaitan perbuatan membawa penumpang dalam keadaan yang membahayakan, tiada perlindungan insurans dan tiada lesen memandu yang sah.
Seorang lelaki disaman berkaitan perbuatan membawa penumpang dalam keadaan yang membahayakan, tiada perlindungan insurans dan tiada lesen memandu yang sah.

"Masing-masing (seksyen) berkaitan perbuatan membawa penumpang dalam keadaan yang membahayakan, tiada perlindungan insurans dan tiada lesen memandu yang sah," jelasnya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pada pukul 9 pagi (Sabtu lalu), pihaknya telah mengesan rakaman video dan gambar yang tular di laman media sosial.

Paparan rakaman video tersebut jelasnya, menunjukkan dua lelaki sedang duduk di atas bumbung sebuah kereta jenis Proton Wira warna biru semasa kenderaan itu sedang bergerak dari Jalan Beladau 32 menuju ke Jalan Bukit Jaya.

"Pihak polis memandang serius perbuatan sedemikian kerana boleh membahayakan keselamatan pemandu, penumpang serta pengguna jalan raya lain," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com