The Step - Every Story Moves You

Dimasukkan ke HKL, 'terima kasih semua pihak yang mendoakan' – Wan Ahmad Fayshal

Terdahulu Setiausaha peribadinya, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin berkata, Wan Ahmad Fayhsal dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.

TS
Oleh The StepPengarang Berita7 Oktober 2026 pada 09:59 PTG1 min bacaanDikemas kini 8 Oktober 2026 pada 10:33 PG
Wan Ahmad Fayshal berkongsi gambar di Facebook mengenai keadaannya di HKL.

Wan Ahmad Fayshal berkongsi gambar di Facebook mengenai keadaannya di HKL. Facebook.

AHLI Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memaklumkan beliau kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan.

Menurut wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu, beliau secara tiba-tiba tidak sedarkan diri sama sekali ketika sedang menyiapkan latihan kerja sekolah anaknya pada awal pagi tadi.

"Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya kini berada di HKL untuk jalani pemeriksaan dan rawatan.

"Pada awal pagi tadi ketika saya sedang siapkan latihan kerja sekolah anak tiba-tiba saya tidak sedarkan diri sama sekali sampailah pukul 6 petang," jelasnya dalam hantaran di akaun Facebook miliknya.

Beliau memberitahu akan menjalani pemeriksaan CT Scan susulan kejadian tersebut.

"Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan," katanya.

Terdahulu Setiausaha peribadinya, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin berkata, Wan Ahmad Fayhsal dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.

Menurutnya, doktor menasihatkan Wan Ahmad Fayhsal untuk berehat sehingga sembuh sepenuhnya.

"Kami memohon semua pihak untuk mendoakan kesembuhan Wan Ahmad Fayhsal dan kembali sihat seperti sedaya kala," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu tidak mendedahkan punca beliau memerlukan rawatan kecemasan tersebut.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com