DBKL gempur penjaja asing, sembilan sitaan direkodkan
Tindakan sitaan dilaksanakan serta-merta di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.

Anggota penguat kuasa DBKL menjalankan operasi membanteras penjaja warga asing di ibu negara. — DBKL
SEBANYAK sembilan sitaan direkodkan melibatkan penjaja warga asing dalam operasi penguatkuasaan dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pusat Bandar Utara, semalam.
Menurut DBKL, ia sebagai penguatkuasaan pemantauan serta tindakan terhadap aktiviti penjajaan yang melanggar peraturan.
"Hasil pemantauan dan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan, sebanyak sembilan kes sitaan telah direkodkan melibatkan penjaja warga asing di sekitar Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur," jelasnya.
DBKL memberitahu, tindakan sitaan tersebut dilaksanakan serta-merta di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.
DBKL katanya, akan terus melaksanakan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan aktiviti penjajaan di Kuala Lumpur dilaksanakan mengikut peraturan.
"Ia juga dilakukan demi memelihara ketenteraman, kebersihan dan keselesaan warga kota," katanya.
Tentang Penulis
Dari Penulis

Polis jalankan siasatan kejadian curi kabel di Jalan Jelatek
The Step · 16 September 2026 pada 04:58 PTG

Pandangan pengampunan Najib dibuat selepas teliti pendapat bertulis AG – Hannah
The Step · 16 September 2026 pada 11:20 PG

Sindiket tukar hak milik kenderaan: SPRM sambung reman lima 'orang tengah'
The Step · 14 September 2026 pada 09:10 PTG
Berita berkaitan

Harga RON97, RON95 dan diesel melonjak naik 35 sen mulai esok
Deel Anjer · 16 September 2026 pada 08:12 PTG

Polis jalankan siasatan kejadian curi kabel di Jalan Jelatek
The Step · 16 September 2026 pada 04:58 PTG

Kerajaan adakan mesyuarat khas, teliti langkah kurangkan kesan kenaikan bil elektrik
Metra Syahril Mohamed · 16 September 2026 pada 03:18 PTG

Kemelut bil elektrik: Rakyat terhimpit, PPIM tuntut penjelasan
Metra Syahril Mohamed · 16 September 2026 pada 01:10 PTG


