Cikgu Mazlan berani lawan api… “Yang penting rambut ‘on point’ belah tepi”- Netizen
Cikgu juga mampu menjadi ‘hero’ ketika keadaan genting.

Bukan sahaja keberaniannya ketika berdepan kebakaran mencuri perhatian, penampilan kemas seorang guru lelaki, Mazlan, turut menjadi bahan gurauan netizen selepas insiden kebakaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Setia Alam, Shah Alam, Selangor, Isnin lalu.
Ketika warga sekolah berdepan detik cemas susulan kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas, Mazlan atau nama lengkapnya Mohd Mazlan Abdul Talib, tampil membantu menangani situasi berkenaan.
Namun, dalam kalangan netizen, ada satu lagi perkara yang ‘selamat’ daripada kebakaran, gaya rambut belah tepi cikgu berkenaan yang kekal ‘on point’.
Itu antara komen mencuit hati yang tular di media sosial, selain ada yang berseloroh bahawa cikgu juga mampu menjadi ‘hero’ ketika keadaan genting.
Malah, kreativiti netizen tidak terhenti di situ apabila ada yang menghasilkan suntingan poster ala iklan pomade dengan mengaitkan gaya rambut Mazlan.
Antara ayat yang digunakan dalam poster berkenaan berbunyi, ‘Tancho Pomade: Gaya kebal, asap tak dapat gugat.’
Gelagat netizen itu ternyata mencuit hati, namun di sebalik gurauan mengenai gaya rambut, keberanian guru terbabit ketika berdepan situasi kecemasan tetap menjadi perkara yang mendapat perhatian.
Terdahulu, penduduk sekitar Setia Alam digemparkan dengan kejadian kebakaran di SK Setia Alam di Persiaran Setia Prima, Shah Alam.
Insiden itu bagaimanapun berakhir dengan keadaan terkawal dan yang paling penting, semua selamat.
Mungkin benar kata netizen, apabila keadaan genting berlaku, cikgu pun boleh jadi hero. - THE STEP
Tentang Penulis

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Dari Penulis

“Baik mati daripada hidup!”, Dr Hisham dedah bahaya suara toksik
Deel Anjer · 16 September 2026 pada 11:07 PG

Hari Malaysia: Bukan sekadar tarikh, tapi kisah rundingan
Deel Anjer · 16 September 2026 pada 10:50 PG

Michael Ang persoal bil elektrik meningkat… ‘Sebelum ini RM1,200, sekarang hampir RM2000’
Deel Anjer · 16 September 2026 pada 09:56 PG

‘Ramai orang ingin melihat aku jatuh’ – Aisar Khaled
Deel Anjer · 16 September 2026 pada 09:18 PG
Berita berkaitan

Kemelut bil elektrik: Rakyat terhimpit, PPIM tuntut penjelasan
Metra Syahril Mohamed · 16 September 2026 pada 01:10 PTG

Asian Tiger? Rasuah, korupsi, politik pecah belah jejaskan Malaysia
Metra Syahril Mohamed · 16 September 2026 pada 12:07 PTG

Hari Malaysia: Bukan sekadar tarikh, tapi kisah rundingan
Deel Anjer · 16 September 2026 pada 10:50 PG

Jabatan Imigresen gempur tapak projek hangar pesawat, 173 warga asing ditahan
Metra Syahril Mohamed · 16 September 2026 pada 09:14 PG

