Caruman Perkeso 40,000 petugas masjid tidak guna dana pendeposit TH
Peruntukan berkenaan adalah 100 peratus bersumberkan peruntukan khas kerajaan yang disalurkan melalui mekanisme TH semata-mata atas kapasiti pengurusan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan
KERAJAAN menegaskan tiada dana pendeposit Tabung Haji (TH) digunakan bagi pembiayaan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) buat 40,000 imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir di seluruh negara.
Sebaliknya jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan, peruntukan berkenaan adalah 100 peratus bersumberkan peruntukan khas kerajaan yang disalurkan melalui mekanisme TH semata-mata atas kapasiti pengurusan.
Tegas beliau, segala dakwaan atau andaian yang menyatakan wujudnya penggunaan wang simpanan jemaah haji adalah sama sekali tidak benar dan berunsur spekulatif.
"Pihak kerajaan kekal komited dan tegas dalam memelihara integriti pengurusan amanah TH serta tadbir urus korporat yang telus berteraskan prinsip syariah.
"Usaha murni memartabatkan kebajikan para petugas masjid dan guru takmir ini akan terus dilaksanakan tanpa kompromi, demi memastikan kemakmuran institusi agama dan keberkatan pembangunan ummah di bumi Malaysia sentiasa terpelihara," jelasnya.
Beliau menambah, langkah kerajaan menanggung sepenuhnya caruman Perkeso buatgolongan berkenaan merupakan manifestasi pemeliharaan maslahat serta pengiktirafan tertinggi terhadap khidmat bakti para kakitangan berkaitan secara langsung dengan hal ehwal Islam.
Inisiatif tersebut jelasnya, dizahirkan secara khusus demi menjamin kebajikan, perlindungan sosial, dan kesejahteraan para petugas serta pendidik masyarakat yang sentiasa berkhidmat di barisan hadapan syiar Islam.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


