EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Nasional

Buang air kecil tepi lebuh raya, tiga lelaki ditahan

Hasil semakan rekod jenayah mendapati salah seorang suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes jenayah.

The Step21 September 2026 pada 10:49 PGDikemas kini 21 September 2026 pada 10:51 PG
Tangkap layar daripada rakaman video menunjukkan tindakan suspek membuang air kecil di tepi lebuh raya.

Tangkap layar daripada rakaman video menunjukkan tindakan suspek membuang air kecil di tepi lebuh raya.Media sosial.

TIGA lelaki, berusia lingkungan 28 hingga 36 tahun, ditahan selepas dirakam membuang air kecil di tepi Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) dekat Johor Bahru, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Ng Swie Chait berkata, ketiga-tiganya ditahan pada pukul 9.30 malam tadi dan pihak polis turut merampas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di hadapan sebuah restoran di Taman Maju Jaya, Johor Baharu.

"Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan telah menerima satu video tular dimuat naik di media sosial.

"Ia memaparkan kejadian tiga lelaki membuang air kecil di tepi lebuh raya.

"Kita menerima laporan daripada anggota polis setelah melihat hantaran yang disiarkan di media sosial dan dijadikan sebagai maklumat pertama," jelasnya dalam kenyataan.

Swie Chait berkata, hasil semakan rekod jenayah mendapati salah seorang suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes jenayah.

"Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas ketiga-tiga suspek didapati negatif daripada sebarang jenis dadah," katanya.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melanggar kesopanan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara selama tempor boleh sampai dua tahun.

Katanya, kertas siasatan bagi kes tersebut akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri dengan segera untuk tindakan selanjutnya.

Tentang Penulis

The Step

Pengarang Berita

Berita berkaitan