EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Nasional

“Baru 23 komen dah tutup!” – Netizen terus desak DAK dibawa pulang

Tindakan menutup ruangan komen di media sosial Zoo Tennoji mencetuskan reaksi netizen yang menyifatkan keadaan itu sebagai mengecewakan.

Deel Anjer27 September 2026 pada 02:43 PTGDikemas kini 27 September 2026 pada 02:48 PTG
“Baru 23 komen dah tutup!” – Netizen terus desak DAK dibawa pulang

Tindakan menutup ruangan komen di media sosial Zoo Tennoji mencetuskan reaksi netizen yang menyifatkan keadaan itu sebagai mengecewakan. — Facebook: Kembalikan DAK

Isu tiga gajah Malaysia, Dara, Amoi dan Kelat (DAK) yang kini ditempatkan di Zoo Tennoji, Jepun terus menjadi perhatian netizen yang masih memperjuangkan supaya haiwan berkenaan agar dibawa pulang ke tanah air.

Terbaharu, tindakan menutup ruangan komen di media sosial Zoo Tennoji selepas hanya beberapa komen mencetuskan reaksi netizen yang menyifatkan keadaan itu sebagai mengecewakan.

Menerusi satu hantaran yang tular, seorang pengguna media sosial menyindir tindakan berkenaan.

“Baru 23 komen dah off comment... nipis sangat admin dia.

“Yang berjaya komen sila hadir, admin nak bagi emoji ‘love’. Hihihi,” tulisnya sambil menggunakan tanda pagar #KembalikanDAK.

Kempen #KembalikanDAK dilihat masih mendapat perhatian susulan beberapa perkongsian mengenai keadaan Dara, Amoi dan Kelat di Zoo Tennoji.

Malah, beberapa individu yang pernah berkunjung ke zoo berkenaan turut berkongsi pandangan mereka mengenai keadaan ketiga-tiga gajah itu, termasuk mendakwa persekitaran yang dilihat tidak seperti habitat yang sepatutnya.

Perhatian turut meningkat selepas tular video yang didakwa memaparkan DAK mencari tempat berteduh ketika Jepun berdepan cuaca panas ekstrem.

Keadaan Kelat yang didakwa kelihatan kurus juga menjadi antara perkara yang dipersoalkan netizen.

Dalam masa sama, netizen terus mempersoalkan penjelasan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berhubung keadaan DAK di Jepun.

Ada yang berpendapat penjelasan diberikan sebelum ini masih belum menjawab kebimbangan mereka, malah mendakwa keadaan yang dilihat menerusi perkongsian media sosial tidak selari dengan gambaran yang diberikan.

Bagi kumpulan yang memperjuangkan kepulangan DAK, mereka mahu penjelasan lebih terperinci diberikan mengenai kebajikan, keadaan fizikal dan persekitaran ketiga-tiga gajah berkenaan.

Isu itu dijangka akan  terus menjadi perhatian selagi persoalan mengenai masa depan Dara, Amoi dan Kelat di Zoo Tennoji belum terjawab sepenuhnya.

https://www.facebook.com/share/p/1EFHro2J5M/

Tentang Penulis

Foto profil Deel Anjer
Deel Anjer

Wartawan

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Berita berkaitan