‘Artis boleh pula rambut berwarna, rakyat biasa kena hitamkan balik?’ Netizen persoal syarat gambar MyKad JPN
'Yang tidak bertudung rambut perlu warna hitam ye' - JPN

JPN Selangor mengingatkan wanita yang bertudung supaya memakai tudung berwarna gelap, manakala mereka yang tidak bertudung diminta memastikan rambut berwarna hitam ketika mengambil gambar MyKad. — Thread
“Kalau artis boleh pula rambut berwarna, kenapa rakyat biasa pula kena ikut syarat berbeza?”
Itu antara persoalan yang dibangkitkan netizen susulan perkongsian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor mengenai panduan kepada wanita yang ingin mengambil gambar bagi MyKad.

Menerusi perkongsian di Threads, JPN Selangor mengingatkan wanita yang bertudung supaya memakai tudung berwarna gelap, manakala mereka yang tidak bertudung diminta memastikan rambut berwarna hitam ketika mengambil gambar MyKad.
“Geng2 wanita kalau nak ambil gambar untuk MyKad ada sikit pesanan ni. Yang bertudung pastikan warna gelap dan yang tidak bertudung rambut perlu warna hitam ye,” menurut perkongsian berkenaan.
Bagaimanapun, peringatan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan perbezaan layanan, khususnya membabitkan individu berambut berwarna.

Seorang pengguna Threads secara sinis mempersoalkan sama ada peraturan berkenaan turut terpakai kepada golongan artis.
“Kalau artis boleh pula rambut berwarna. Double standard punya JPN,” tulisnya.



Komen berkenaan kemudian mendapat pelbagai respons daripada pengguna lain yang turut mendakwa mereka pernah berdepan situasi apabila warna rambut menjadi isu ketika berurusan untuk mendapatkan atau memperbaharui MyKad.
Ada yang mendakwa diminta menghitamkan semula rambut sebelum gambar dibenarkan, manakala sebahagian yang lain mempersoalkan mengapa terdapat individu berambut berwarna yang dilihat masih boleh menggunakan gambar sedemikian.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman dan cara masing-masing bagi mengelakkan terpaksa datang semula ke JPN sekiranya gambar tidak memenuhi syarat.
“Ya wei! Dulu aku punya rambut kaler perang, sampai counter pegawai tu kata kena rambut hitam or else kena pakai tudung, takkan la aku nak balik hitamkan rambut pastu datang balik.
“Sudahnya aku lilit je la shawl yang JPN sediakan. Memang takla aku nak tayang gambor IC aku kat orang tak semenggah rupanya,” luah seorang netizen.
Reaksi berkenaan menunjukkan sebahagian netizen mahu penjelasan lebih jelas mengenai penguatkuasaan garis panduan tersebut, terutama sama ada syarat yang sama terpakai kepada semua pemohon tanpa mengira latar belakang.
Untuk rekod, JPN sebelum ini menjelaskan bahawa gambar MyKad bukan sekadar gambar biasa, sebaliknya penting bagi tujuan pengecaman dan keselamatan identiti.
JPN turut menyatakan garis panduan itu terpakai kepada semua tanpa mengira siapa pemohon.
Antara panduan yang dinyatakan termasuk mengelakkan kanta lekap yang terlalu ketara, solekan berlebihan, perhiasan yang boleh menutup ciri wajah serta warna rambut yang terlalu terang atau luar biasa.
Bagaimanapun, isu yang dibangkitkan netizen kali ini bukan semata-mata mengenai warna rambut, sebaliknya persoalan sama ada garis panduan tersebut dilaksanakan secara konsisten terhadap semua pemohon.
Bagi netizen yang bersuara, mereka mahu perkara itu dijelaskan supaya tidak timbul tanggapan bahawa “rakyat biasa disuruh lain, apabila melibatkan golongan tertentu pula boleh lain”. - THE STEP
Tentang Penulis

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Dari Penulis

Harga RON97, RON95 dan diesel melonjak naik 35 sen mulai esok
Deel Anjer · 16 September 2026 pada 08:12 PTG

Cikgu Mazlan berani lawan api… “Yang penting rambut ‘on point’ belah tepi”- Netizen
Deel Anjer · 16 September 2026 pada 12:19 PTG

“Baik mati daripada hidup!”, Dr Hisham dedah bahaya suara toksik
Deel Anjer · 16 September 2026 pada 11:07 PG

Hari Malaysia: Bukan sekadar tarikh, tapi kisah rundingan
Deel Anjer · 16 September 2026 pada 10:50 PG
Berita berkaitan

Menjelang Belanjawan 2027: Perangkap gaji di Malaysia
The Step · 18 September 2026 pada 08:00 PG

Kerajaan perluas tahap perlindungan subsidi elektrik dari 600 kWj kepada 800 kWj
Metra Syahril Mohamed · 17 September 2026 pada 09:11 PTG

Surat kelulusan Kabinet untuk kerja pelebaran Lebuhraya PLUS palsu
The Step · 17 September 2026 pada 04:05 PTG

25 warga asing ditahan, premis kediaman disalah guna jalankan aktiviti tidak bermoral
The Step · 17 September 2026 pada 11:58 PG

