The Step - Every Story Moves You

Anggota polis cedera parah dilibas parang ketika operasi dadah

Akibat libasan parang itu, anggota polis terbabit mengalami kecederaan parah dan retak di tangan sebelah kiri.

TS
Oleh The StepPengarang Berita18 Oktober 2026 pada 07:08 PG1 min bacaanDikemas kini 18 Oktober 2026 pada 03:09 PTG
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

SEORANG anggota polis cedera parah selepas dilibas dengan parang oleh seorang lelaki ketika operasi membanteras penyeludupan dan pengedaran dadah di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah, Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kejadian berlaku pada pukul 1.35 petang semalam, sewaktu pasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan.

"Semasa serbuan dilakukan, suspek iaitu seorang lelaki warga tempatan, berusia lebih kurang 30 tahun, telah melarikan diri dari rumah yang diserbu itu.

"Semasa tangkapan dilakukan, suspek bertindak agresif dengan melibas parang dan telah mencederakan seorang anggota polis sebelum berjaya ditangkap," jelasnya dalam kenyataan.

Mohd Yusoff berkata, akibat libasan parang itu, anggota polis terbabit mengalami kecederaan parah dan retak di tangan sebelah kiri.

Pihaknya jelas beliau, merampas sebilah parang berukuran 35 sentimeter selain dadah jenis pil Yaba dan sebotol cecair disyaki air ketum.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

"Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai enam rekod kesalahan berkaitan dadah," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com