Akta Jenayah Siber dijangka berkuat kuasa tahun depan
Kerajaan memandang serius perkembangan jenayah penipuan dalam talian yang semakin kompleks dan terancang.
![Tindakan terhadap jenayah dalam talian turut disokong melalui peruntukan berkaitan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fhxroq6bpzu9hksv1.public.blob.vercel-storage.com%2Fscammmm.webp&w=3840&q=75)
Tindakan terhadap jenayah dalam talian turut disokong melalui peruntukan berkaitan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].
AKTA Jenayah Siber dijangka berkuat kuasa pada awal tahun depan bagi menangani ancaman jenayah siber yang semakin berkembang.
Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), ia susulan pemerkasaan kerangka perundangan berkaitan jenayah tersebut melalui pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber.
Malah jelasnya, perkara itu selaras dengan perkembangan teknologi dan perubahan landskap ancaman jenayah siber semasa.
"Kerajaan memandang serius perkembangan jenayah penipuan dalam talian yang semakin kompleks dan terancang.
"Sehubungan itu, kerangka perundangan negara terus diperkukuh melalui pindaan Kanun Keseksaan [Akta 574] dengan pengenalan Seksyen 424A, 424B, 424C(1) dan 424C(2), serta Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] melalui pengenalan Seksyen 116D," jelasnya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
KDN menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) sama ada kerajaan bersedia meminda undang-undang lapuk serta mengenakan hukuman yang jauh lebih berat termasuk hukuman sebat terhadap penjenayah scammer.
Kementerian itu menambah, tindakan terhadap jenayah dalam talian turut disokong melalui peruntukan berkaitan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].
Pada masa yang sama katanya, kerajaan telah memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 [Akta 866] sebagai perundangan baharu bagi meningkatkan keselamatan persekitaran dalam talian dan melindungi pengguna daripada kandungan serta risiko dalam talian yang memudaratkan.
"Kementerian Dalam Negeri akan terus meneliti dan mengkaji keperluan penambahbaikan terhadap peruntukan undang-undang sedia ada dari semasa ke semasa bagi memastikan kerangka perundangan negara kekal relevan dan berkesan dalam menangani ancaman jenayah siber yang semakin berkembang," katanya.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


