The Step - Every Story Moves You

AKPS tampil penjelasan susulan video tular babit Ketua Pengarah di KLIA

Orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi

TS
Oleh The StepPengarang Berita1 Oktober 2026 pada 01:55 PTG2 min bacaanDikemas kini 2 Oktober 2026 pada 05:07 PTG
Mohd Shuhaily mengadakan tinjauan bagi menilai tahap kesiapsiagaan operasi AKPS di KLIA sempena ketibaan delegasi dan kru Formula 1 Bahrain Grand Prix 2026.

Mohd Shuhaily mengadakan tinjauan bagi menilai tahap kesiapsiagaan operasi AKPS di KLIA sempena ketibaan delegasi dan kru Formula 1 Bahrain Grand Prix 2026.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengesahkan video tular membabitkan Ketua Pengarahnya, YDH CP Datuk Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, adalah rakaman sebenar yang dipetik daripada sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Menurut AKPS, insiden itu berlaku pada 28 September lalu ketika Mohd Shuhaily mengadakan tinjauan bagi menilai tahap kesiapsiagaan operasi agensi berkenaan di KLIA sempena ketibaan delegasi dan kru Formula 1 Bahrain Grand Prix 2026.

Dalam tinjauan itu, Ketua Pengarah AKPS bersama pasukan operasi turut menjalankan aktiviti penguatkuasaan terhadap kegiatan individu warga asing yang disyaki terbabit dalam aktiviti ‘ulat’ di kawasan KLIA.

AKPS berkata, operasi berkenaan dijalankan susulan aduan dan dakwaan orang ramai berhubung peningkatan aktiviti penyeludupan bahan terlarang dan kontraban di KLIA.

Operasi itu merupakan aktiviti penguatkuasaan pertama yang dilaksanakan AKPS bersama pasukan Aviation Security (AVSEC) KLIA dan dijalankan secara menyeluruh serta konsisten.

Susulan operasi berkenaan, seorang warga asing dikenal pasti sebelum dibawa ke ruangan bagasi untuk pemeriksaan lanjut.

AKPS menjelaskan proses pemeriksaan dan temu bual ketika itu hanya membabitkan pasukan operasi AKPS bersama AVSEC KLIA dan tidak melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau mana-mana agensi penguatkuasaan lain.

Bagaimanapun, dua individu yang bukan sebahagian daripada pasukan operasi didakwa memasuki ruangan bagasi berkenaan tanpa disedari pegawai bertugas.

Kedua-dua individu itu kemudian didakwa merakam sesi temu bual antara Mohd Shuhaily dengan warga asing terbabit menggunakan telefon bimbit masing-masing tanpa kebenaran.

Menurut AKPS, tindakan berkenaan telah menimbulkan provokasi serta menjejaskan kewibawaan operasi dan individu yang terlibat secara langsung dalam operasi berkenaan.

Susulan kejadian itu, kedua-dua individu terbabit membuat laporan polis sehari dan dua hari selepas kejadian, sebelum klip video berkenaan tersebar di media sosial.

Dalam pada itu, Mohd Shuhaily turut membuat laporan polis berhubung tohmahan, rakaman dan penyebaran video berkenaan bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Siasatan itu termasuk meneliti keadaan bagaimana rakaman berkenaan diperoleh dan kemudiannya disebarkan.

AKPS berkata, penyebaran rakaman tersebut dipercayai mempunyai unsur berniat jahat serta cubaan menjejaskan imej dan reputasi Ketua Pengarah AKPS serta agensi berkenaan.

“AKPS menghormati proses siasatan yang sedang dijalankan dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa,” menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat AKPS, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan sehingga siasatan selesai.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com