Ahli Parlimen Rantau Panjang cedera dalam kemalangan
Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook mendoakan Ahli Parlimen Rantau Panjang itu lekas diberi kesembuhan.

Keadaan SUV yang dinaiki Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 7, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama, petang semalam. Polis Lipis.
AHLI Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff mengalami kecederaan di bahagian dada dan perut selepas kenderaan dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 7, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama dekat Lipis, semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang ketika Zailah, 63, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Jelasnya, ahli politik itu menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu anak perempuannya yang berusia 26 tahun sebelum terbabit kemalangan berhampiran Kechau Tui.
"Kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan, menuju Kuala Lumpur atas urusan kerja," jelasnya dalam kenyataan.

Ismail berkata, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar penghadang jalan.
Ahli Parlimen itu katanya, mengalami kecederaan di bahagian dada serta perut dan dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan.
"Anak perempuannya itu tidak tercedera,” katanya.
Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook mendoakan Ahli Parlimen Rantau Panjang itu lekas diberi kesembuhan.
"Berharap YB (Yang Berhormat) tabah dan segera dikembalikan kekuatan untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


