Adinda Sultan Terengganu, Tengku Baderul Zaman mangkat
Jenazah Allahyarham dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus pada pukul 1.15 tengah hari ini menggunakan pesawat khas sebelum dibawa ke Balai Islam bagi membolehkan penghormatan terakhir diberikan.

ADINDA kepada Sultan Terengganu, Datuk Seri Dr Tengku Baderul Zaman Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, mangkat pada pukul 1.20 pagi Sabtu di Gleneagles Hospital, Kuala Lumpur. Foto: Terengganu Voice
ADINDA kepada Sultan Terengganu, Datuk Seri Dr Tengku Baderul Zaman Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, mangkat pada pukul 1.20 pagi Sabtu di Gleneagles Hospital, Kuala Lumpur.
Perkara itu dimaklumkan menerusi pengumuman rasmi yang dibuat dengan titah perkenan Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.
Menurut pengumuman itu, jenazah Allahyarham dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus pada pukul 1.15 tengah hari ini menggunakan pesawat khas sebelum dibawa ke Balai Islam bagi membolehkan penghormatan terakhir diberikan.
Solat jenazah dijadualkan berlangsung selepas solat Asar pada pukul 4.13 petang sebelum jenazah dibawa ke Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu untuk Istiadat Pemakaman.
Sehubungan itu, Pemangku Raja Terengganu turut berkenan mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari, bermula 24 hingga 26 Oktober 2026.
Majlis tahlil bagi Allahyarham akan diadakan selama tiga malam berturut-turut di Balai Islam, Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Sumber : Terengganu Voice
Berita berkaitan

Curi kabel di siang hari di Jalan Tun Razak, polis giat buru kumpulan suspek
Oleh The Step21 November 2026 pada 04:14 PTG

Khoo Poay Tiong akui silap, mohon maaf isu premis tutup Jumaat di Kuala Terengganu


