Abdul Hadi ziarah pusara Tun Siti Hasmah, titip doa buat Allahyarham
Abdul Hadi mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham serta mengampuni segala dosa dan menerima amal kebajikannya.

Abdul Hadi ketika menziarahi pusara Allahyarham Tun Siti Hasmah di Putrajaya
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menziarahi pusara Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, pada Isnin, sambil menitipkan doa buat tokoh yang disifatkan mempunyai jasa besar kepada negara.
Menerusi perkongsian di media sosial, Abdul Hadi mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham serta mengampuni segala dosa dan menerima amal kebajikannya.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, mengampuni segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya.
“Semoga Allah SWT juga menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman, beramal soleh dan dikurniakan tempat yang mulia di sisi-Nya. Al-Fatihah,” katanya.
Allahyarham Tun Siti Hasmah yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 28 September lalu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun dan meninggalkan tujuh anak.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


