Abang Perdana Menteri meninggal dunia
"Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, saya menerima khabar yang meruntun jiwa bahawa abang saya, Idrus Ibrahim, telah pergi buat selama-lamanya".

Gambar dikongsi Anwar Ibrahim kenangan bersama abangnya, Idrus Ibrahim.
IDRUS Ibrahim, abang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggal dunia hari ini.
Perkara itu dikongsi Anwar melalui hantaran di akaun Facebook miliknya.
Tulisnya, berita mengenai pemergian Allahyarham diterima ketika dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas menghadiri Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) Kelima di Hangzhou, China.
"Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, saya menerima khabar yang meruntun jiwa bahawa abang saya, Idrus Ibrahim, telah pergi buat selama-lamanya.
"Sukar untuk saya ungkapkan rasa kehilangan ini apabila seorang sosok yang berkongsi begitu banyak kenangan sepanjang perjalanan hidup kini telah tiada, dan hanya Allah SWT yang tahu betapa beratnya hati menerima kenyataan ini," jelasnya.
Beliau turut melahirkan rasa terkilan kerana tidak sempat berada di sisi Allahyarham pada saat-saat akhirnya.
"Namun saya reda meski hati ini masih cuba menerima sebuah perpisahan yang tidak pernah kita bersedia untuk hadapi.
"Terima kasih atas segala kenangan dan kebaikan yang ditinggalkan dan semuanya akan kekal terpahat dalam ingatan dan hati kami.
"Mohon teman-teman titipkan doa buat Allahyarham Idrus Ibrahim, semoga Allah SWT mengampuni segala khilafnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh," katanya.
Tentang Penulis
Dari Penulis

Wanita bekas calon PRU-15 ditahan, warga emas cedera ditolak ke dalam longkang
The Step · 24 September 2026 pada 09:33 PTG

PN dakwa ada unsur niat tidak baik, tindakan RoS berlaku ketika DUN Melaka dibubarkan
The Step · 24 September 2026 pada 10:47 PG

Polis cari penunggang motosikal langgar dua murid lintas jalan
The Step · 24 September 2026 pada 08:23 PG

RON97, RON95 tanpa subsidi naik 20 sen, diesel naik 15 sen seliter
The Step · 23 September 2026 pada 08:45 PTG
Berita berkaitan

JKR diarah siasat kemalangan motosikal di 'laluan hijau'
Metra Syahril Mohamed · 24 September 2026 pada 08:48 PTG

TH mulakan kursus asas haji musim 1448H/2027M
Metra Syahril Mohamed · 24 September 2026 pada 12:58 PTG

AGC fail rayuan pembebasan remaja bunuh pelajar perempuan
Metra Syahril Mohamed · 24 September 2026 pada 11:31 PG

Rohingya boleh ambil lesen memandu? JPJ tampil bersuara
Deel Anjer · 24 September 2026 pada 11:29 PG

