The Step - Every Story Moves You

5,801 mainan squishy disita, tidak patuh standard keselamatan

 KPDN akan terus mempergiat pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan hanya produk yang mematuhi standard keselamatan ditawarkan di pasaran.

TS
Oleh The StepPengarang Berita25 Oktober 2026 pada 09:44 PG1 min bacaanDikemas kini 25 Oktober 2026 pada 09:54 PG
Gambar janaan AI mengenai permainan squishy.

Gambar janaan AI mengenai permainan squishy.

SEBANYAK 5,801 unit mainan squishy bernilai RM70,428.70 disita kerana gagal mempamerkan Tanda Pematuhan Standard Keselamatan (MC) seperti yang ditetapkan.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, tindakan itu dilakukan pihak kementerian menerusi Bahagian Penguat Kuasa ketika pemeriksaan di seluruh negara bermula 1 hingga 14 Oktober lalu.

Ia katanya, bagi memastıkan pematuhan terhadap standard keselamatan mainan kanak-kanak.

"Sepanjang tempoh pemeriksaan, sebanyak 1,845 premis telah diperiksa melibatkan pengilang, pengimport, pemborong dan peruncit.

"Hasil pemeriksaan membawa kepada 15 kes tindakan penguatkuasaan dengan sitaan sebanyak 5,801 unit mainan squishy bernilai RM70,428.70 kerana gagal mempamerkan Tanda Pematuhan Standard Keselamatan (MC) seperti yang ditetapkan," jelasnya.

Azman memberitahu, pihaknya memandang serius isu keselamatan mainan kanak-kanak dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599].

KPDN jelasnya, akan terus mempergiat pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan hanya produk yang mematuhi standard keselamatan ditawarkan di pasaran.

"Orang ramai khususnya ibu bapa, turut dinasihatkan supaya sentiasa menyemak label dan tanda pematuhan keselamatan sebelum membeli mainan untuk anak-anak," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com