29 ditahan, disyaki promosi, sebar dakyah pertubuhan diwartakan haram
Op Mega TikTok 2026 itu bermula 10 hingga 12 Oktober dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar.
SERAMAI 29 orang, termasuk seorang lelaki warga asing ditahan dalam Op Mega TikTok 2026 selepas disyaki menggunakan platform media sosial bagi mempromosikan dan menyebarkan dakyah berkaitan pertubuhan yang diwartakan sebagai haram oleh pihak kerajaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, mereka yang ditahan berusia 18 hingga 49 tahun hasil operasi melibatkan 11 Kontinjen iaitu Selangor, Johor, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kedah, Melaka, Sabah dan Sarawak.
Jelas beliau, Op Mega TikTok 2026 itu bermula 10 hingga 12 Oktober dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
"Kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988," jelasnya dalam kenyataan.
Beliau menambah, kesemua tangkapan ditahan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti peranan suspek dalam kumpulan serta penglibatan dalam lain-lain aktiviti jenayah.
"Polis komited memelihara keselamatan negara dan akan meneruskan operasi pencegahan serta penguatkuasaan secara bersepadu bagi membanteras segala bentuk kegiatan jenayah terancang.
"Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja melakukan sebarang perkongsian rakaman video yang berpotensi menimbulkan kegusaran kepada awam," katanya.

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.
Berita berkaitan

467 ditahan libatkan kesalahan penyeludupan, ketirisan barangan kawalan
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 10:57 PG
TH ambil langkah kesan aliran wang, pindahan bank Al-Rawda
Oleh The Step27 Oktober 2026 pada 09:33 PG
Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM


