The Step - Every Story Moves You

26.6 juta kenderaan berdaftar, berstatus aktif: MoT beri tumpuan tangani kesesakan lalu lintas

Pertambahan kenderaan persendirian meningkatkan masalah kesesakan jalan raya dan pendedahan kepada risiko kemalangan serta memanjangkan masa perjalanan.

Metra Syahril Mohamed
Oleh Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step7 Oktober 2026 pada 08:40 PG2 min bacaanDikemas kini 7 Oktober 2026 pada 08:54 PTG
Kebergantungan yang berterusan kepada kenderaan persendiri meningkatkan kos perjalanan dan pencemaran udara serta menambah beban terhadap infrastruktur jalan raya.

Kebergantungan yang berterusan kepada kenderaan persendiri meningkatkan kos perjalanan dan pencemaran udara serta menambah beban terhadap infrastruktur jalan raya.

JUMLAH kenderaan berdaftar di negara ini dan berstatus aktif mencecah 26.6 juta dengan hampir 16 juta adalah kereta manakala 9.57 juta lagi kenderaan motosikal, mengikut rekod sehingga 30 September lalu.

Kementerian Pengangkutan (MoT) memberitahu, pertambahan kenderaan persendirian meningkatkan masalah kesesakan jalan raya dan pendedahan kepada risiko kemalangan serta memanjangkan masa perjalanan.

Ia jelasnya, sekali gus menjejaskan produktiviti serta kesejahteraan rakyat.

"Kebergantungan yang berterusan turut meningkatkan kos perjalanan dan pencemaran udara serta menambah beban terhadap infrastruktur jalan raya.

"Jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia telah mencecah 38.7 juta pada akhir 2024. Sepanjang 2025 pula, sebanyak 1.62 juta kenderaan baharu didaftarkan, termasuk kira-kira 847,000 kereta dan 703,000 motosikal.

"Jumlah pendaftaran yang tinggi ini memberikan gambaran bahawa kebergantungan rakyat terhadap kenderaan persendirian masih tinggi.

"Sehingga 30 September ini, sebanyak 40.77 juta kenderaan berdaftar di Malaysia, tetapi hanya 26.6 juta atau 65.3 peratus berstatus aktif," jelasnya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

MoT menjawab soalan Zahari Kechik (BEBAS-Jeli) mengenai kesan jangka panjang kebergantungan rakyat terhadap kenderaan persendirian.

Kementerian itu menambah, bagi mengurangkan kebergantungan rakyat terhadap kenderaan persendirian dan menangani kesesakan lalu lintas, pihaknya telah merancang dan melaksanakan pendekatan bersepadu yang memberi tumpuan kepada tiga strategi utama.

Tiga strategi itu jelasnya, merangkumi memperkukuh pengangkutan awam dan sambungan perjalanan.

"Di Kuala Lumpur dan Lembah Klang, kerajaan terus memperluas rangkaian serta meningkatkan kekerapan dan kebolehpercayaan pengangkutan awam.

"Antaranya ialah pembukaan LRT Laluan Shah Alam atau LRT3 pada 29 Jun, yang menghubungkan Bandar Utama dengan Johan Setia melalui Shah Alam dan Klang, dengan unjuran sebanyak 67,000 perjalanan penumpang sehari pada tahun pertama operasi.

"Laluan ini memperluas akses kepada rangkaian rel sedia ada melalui sambungan ke LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Laluan Kajang. Akses ke stesen turut diperkukuh melalui bas pengantara dan perkhidmatan van secara tempahan supaya rakyat lebih mudah menggunakan pengangkutan awam bagi perjalanan harian," katanya.

Keduanya jelas MoT, mengurus trafik secara bersasar dengan sokongan infrastruktur dan teknologi dan ketiga, memperkukuh pengangkutan kargo melalui rel bagi mengurangkan kesesakan jalan raya.

"Kementerian Pengangkutan komited untuk menangani kesesakan lalu lintas dan mengurangkan kemalangan jalan raya dengan kerjasama kementerian dan agensi berkaitan menerusi pendekatan keseluruhan kerajaan di bawah penyelarasan dan pemantauan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JK-MKKJR).

"Melalui usaha ini, kebergantungan terhadap kenderaan persendirian dapat dikurangkan secara berperingkat, sekali gus menyumbang kepada peningkatan produktiviti negara, kesejahteraan keluarga serta kualiti hidup rakyat," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Metra Syahril MohamedKetua Pengarang The Step, The Step | 86 siaran

Penulis merupakan Ketua Pengarang The Step. Berpengalaman dalam penulisan berita lebih 20 tahun khususnya berkaitan misi kemanusiaan, rencana dan hal ehwal semasa. Penulis juga merupakan calon angkasawan ketika proses pemilihan angkasawan negara. Pernah menyertai misi kemanusiaan di Somalia dan Syria, mendekati cerita-cerita mangsa perang dan konflik kemanusiaan. Penulis juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Lubnan bersama pasukan MALBATT.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com