EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Nasional

25 warga asing ditahan, premis kediaman disalah guna jalankan aktiviti tidak bermoral

Mohd Rusdi berkata, mereka yang ditahan termasuk tujuh wanita warga Vietnam dan enam dari Myanmar.

The Step17 September 2026 pada 11:58 PGDikemas kini 17 September 2026 pada 11:59 PG
Antara warga asing yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan Imigresen.

Antara warga asing yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan Imigresen.Jabatan Imigresen Negeri Johor

SERAMAI 25 warga asing ditahan Jabatan Imigresen (Imigresen) Negeri Johor dalam operasi penguatkuasaan melibatkan beberapa kedai urut serta premis kediaman yang dipercayai disalahgunakan bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi pada malam kelmarin itu turut memberi tumpuan kepada aktiviti yang dipercayai diiklankan dan diuruskan melalui aplikasi komunikasi seperti WeChat dan WhatsApp.

Menurutnya, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, perkhidmatan berkenaan dipercayai ditawarkan kepada pelanggan dengan kadar bayaran antara RM70 hingga RM180 bagi satu perkhidmatan dan dibayar secara tunai.

"Penggunaan premis kediaman sebagai lokasi menjalankan aktiviti sedemikian turut dikesan, sekali gus menunjukkan taktik pihak tertentu yang cuba menyembunyikan kegiatan daripada perhatian pihak berkuasa.

"Semakan awal mendapati, seramai 25 orang telah ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen," jelasnya dalam kenyataan.

Mohd Rusdi berkata, mereka yang ditahan termasuk tujuh wanita warga Vietnam dan enam dari Myanmar.

Katanya, kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 25 tahun hingga 41 tahun manakala dua warga tempatan turut ditahan, dipercayai bertindak sebagai penjaga premis.

"Kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Pihak berkuasa menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pelacuran dan penyalahgunaan pas lawatan sosial," katanya.

Jelas beliau, pihak Imigresen memandang serius isu salah guna pas dan kemudahan yang diberikan kepada warga asing dan akan terus aktif memerangi serta membanteras pendatang asing tanpa izin di negeri Johor.

Tentang Penulis

The Step

Pengarang Berita

Berita berkaitan