The Step - Every Story Moves You

150 warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal

Proses tersebut melibatkan empat Depot Imigresen iaitu melalui Terminal Feri Pasir Gudang, Johor menuju ke Batam, Indonesia.

TS
Oleh The StepPengarang Berita26 Oktober 2026 pada 02:59 PTG1 min bacaanDikemas kini 26 Oktober 2026 pada 04:15 PTG
Antara warga Indonesia yang dihantar pulang ke negara asal melalui Batam.

Antara warga Indonesia yang dihantar pulang ke negara asal melalui Batam. Jabatan Imigresen.

SERAMAI 150 warga Indonesia dihantar pulang ke negara asal melalui pelaksanaan dijalankan Jabatan Imigresen (Imigresen).

Menurut Imigresen, proses tersebut melibatkan empat Depot Imigresen iaitu melalui Terminal Feri Pasir Gudang, Johor menuju ke Batam, Indonesia.

"Operasi diselaraskan Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan, Ibu Pejabat Imigresen dan berjalan lancar dengan kerjasama petugas di lapangan," jelasnya dalam kenyataan.

Imigresen memberitahu, kerjasama turut melibatkan Kedutaan Besar Republik Indonesia, khususnya dalam urusan pengesahan identiti dan dokumentasi.

"Kerjasama erat antara Malaysia dan Indonesia terus memainkan peranan penting dalam memastikan proses penghantaran pulang dilaksanakan secara teratur, selamat dan mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com