The Step - Every Story Moves You

10,000 kaunselor berdaftar bakal digembleng tangani isu kesihatan mental

'Kita mahu menggunakan pendekatan perkongsian tugas supaya usaha menangani isu kesihatan mental tidak hanya tertumpu kepada pakar psikiatri tetapi turut melibatkan tenaga profesional lain' - Dr Dzulkefly

TS
Oleh The StepPengarang Berita26 Oktober 2026 pada 10:16 PG1 min bacaanDikemas kini 27 Oktober 2026 pada 07:51 PG
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Foto: Facebook KKM

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) berhasrat memperluas usaha menangani isu kesihatan mental dengan menggembleng tenaga kira-kira 10,000 kaunselor berdaftar di seluruh negara menerusi pendekatan perkongsian tugas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pendekatan itu membolehkan tanggungjawab menangani isu kesihatan mental dipikul bersama golongan profesional lain, selain pakar psikiatri.

“Jadi, perkara utama di sini ialah penggemblengan tenaga, ini kerana terdapat 10,000 kaunselor berdaftar di seluruh Malaysia.

“Yang penting, kita mahu menggunakan pendekatan perkongsian tugas supaya usaha menangani isu kesihatan mental tidak hanya tertumpu kepada pakar psikiatri tetapi turut melibatkan tenaga profesional lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri pelancaran Bulan Kesihatan Mental Peringkat Kebangsaan 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Ahad.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, lebih 500 pakar perubatan keluarga (FMS) turut membantu mengendalikan isu kesihatan mental di peringkat penjagaan kesihatan primer.

Katanya, sebanyak 1,116 klinik kesihatan di seluruh negara menyediakan perkhidmatan kesihatan mental, selain kemudahan rawatan di hospital kerajaan dan Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI).

Dalam usaha memperkukuh perkhidmatan berkenaan, KKM turut memperluas latihan kepakaran bagi meningkatkan bilangan pakar psikiatri negara.

Langkah itu bertujuan mencapai sasaran nisbah seorang pakar psikiatri bagi setiap 40,000 penduduk berbanding nisbah semasa seorang pakar bagi setiap 69,000 penduduk.

“Itulah (jumlah) pengurangan nisbah yang mahu kita capai dengan memperbanyak dan memperkukuh latihan kepakaran.

“Pada masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) terus memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan mental menerusi hospital kerajaan, klinik kesihatan dan perkhidmatan berasaskan komuniti seperti MENTARI dengan kerjasama sektor swasta serta agensi berkaitan,” katanya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp

Berita berkaitan

SPRM.
Nasional

Tipu urusan pembelian dusun durian RM1.65 juta, CEO ditahan SPRM

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 08:07 PG
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Nasional

Kajian baseline RUU pengurusan bencana dijangka selesai dalam 12 bulan

Oleh Metra Syahril Mohamed27 Oktober 2026 pada 07:44 PG
EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com