EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Kesihatan

Pickleball Smash 2026 bawa semangat perpaduan, sokong peniaga kecil

Program ini bukan sekadar aktiviti riadah, malah turut memberi peluang kepada peniaga kecil memperkenalkan jenama mereka

Deel Anjer25 September 2026 pada 01:26 PTGDikemas kini 25 September 2026 pada 01:30 PTG
Demi kepentingan rakyat

SEMPENA sambutan Hari Malaysia tahun ini, semangat patriotisme diterjemahkan menerusi pendekatan lebih santai dan aktif.

Ini dapat dibuktikan apabila Hari Malaysia Pickleball Smash 2026 dianjurkan dengan menjadikan sukan sebagai medium menyatukan masyarakat.

Menariknya, program ini bukan sekadar aktiviti riadah, malah turut memberi peluang kepada peniaga kecil memperkenalkan jenama mereka sambil menjana pendapatan, selain menggalakkan orang ramai menjadikan gaya hidup aktif sebahagian daripada rutin harian.

Program anjuran Six7 Pickleball Club bersama Satu Hub Resources ini akan berlangsung pada 27 September 2026, dari jam 5 petang hingga 10 malam di Pickle Point MY, Jalan Damansara.

Pengarah program, Hakim Harun berkata, walaupun Hari Malaysia disambut pada 16 September, penganjuran pada 27 September dilihat sebagai kesinambungan semangat sambutan tersebut dengan membawa mesej perpaduan, hidup aktif dan menyantuni usahawan muda.

Menurutnya lagi, program itu dirangka bukan sekadar untuk mengadakan pertandingan pickleball, sebaliknya menjadi platform yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya usahawan baru yang ingin mendapatkan peluang untuk memperkenalkan perniagaan mereka.

“Selain menggalakkan orang ramai bersukan dan menjaga kesihatan, kita juga mahu membuka ruang kepada peniaga-peniaga kecil untuk berniaga dan memperkenalkan produk mereka kepada komuniti yang hadir,” katanya.

program ini bukan sekadar aktiviti riadah, malah turut memberi peluang kepada peniaga kecil memperkenalkan jenama mereka
program ini bukan sekadar aktiviti riadah, malah turut memberi peluang kepada peniaga kecil memperkenalkan jenama mereka

Menurut Shayfullah Azman pula, pengasas bersama syarikat, aktiviti sukan seperti pickleball juga boleh menjadi medium untuk mengeratkan hubungan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

“Semangat Hari Malaysia bukan hanya tentang mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi bagaimana kita dapat merealisasikannya dalam kehidupan.

“Menerusi program ini, kita boleh bersama-sama membina komuniti yang sihat, aktif dan saling menyokong.

Hari Malaysia Pickleball Smash 2026 menawarkan tiga kategori pertandingan iaitu Beregu Lelaki, Wanita & Campuran, dengan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak RM5,100.

Lebih daripada sekadar gelanggang pertandingan, program berkenaan turut memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati suasana komuniti yang meriah sambil menyokong usahawan dan peniaga kecil yang mengambil bahagian.

Pengasas bersama, Hafiz Nassir pula berkata, apa yang diusahakan mereka adalah untuk kepentingan rakyat.

“Jika kita lihat, pendekatan ini selari dengan usaha menggalakkan masyarakat mengambil berat mengenai kesihatan diri melalui aktiviti fizikal.

“Pickleball yang semakin mendapat perhatian di Malaysia dilihat sebagai salah satu aktiviti yang boleh disertai pelbagai peringkat umur, selain menjadi pilihan riadah yang menyeronokkan.

“Bagi kami juga, slogan ‘Satu Minat, Satu Negara’, membuktikan Hari Malaysia Pickleball Smash 2026 ini membawa mesej bahawa sambutan Hari Malaysia boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk termasuk melalui sukan dan sokongan ekonomi dalam komuniti,” katanya.

Justeru, orang ramai dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Hari Malaysia Pickleball Smash 2026 di Pickle Point, Lot 2808, Jalan Damansara, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur.

Hari Malaysia Pickleball Smash 2026 ini tidak lengkap tanpa sokongan para penaja iaitu Mikrojaya.com, N2 Venture, Kahf, Wardah, Pickle Point Damansara, ⁠al-Ikhsan, Eco foundation, Sara&Co, komuniti Pickleball serta masyarakat setempat dan Tuan Mail yang sentiasa memberi sokongan anak2 muda dalam bidang perniagaan.

Tentang Penulis

Foto profil Deel Anjer
Deel Anjer

Wartawan

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Berita berkaitan