MKDS bongkar bahaya obesiti: Bukan sekadar gemuk, risiko diabetes hingga buah pinggang
Obesiti penyakit kronik yang boleh memberi kesan kepada sistem tubuh

MKDS komited untuk terus memperkukuh budaya perkongsian ilmu dan pembelajaran menerusi MKDS Grand CME 2026.
Obesiti bukan sekadar isu berat badan atau penampilan fizikal, sebaliknya merupakan penyakit kronik yang boleh memberi kesan kepada sistem tubuh serta meningkatkan risiko penyakit seperti diabetes, penyakit kardiovaskular dan masalah buah pinggang.
Menyedari kepentingan pengurusan obesiti yang komprehensif dan berasaskan bukti, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) terus memperkukuh kompetensi pasukan perubatannya menerusi penganjuran MKDS Grand CME 2026 yang diadakan pada 11-12 September baru-baru ini bertempat di DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur.

Program selama dua hari ini menghimpunkan barisan pakar dan doktor berpengalaman daripada pelbagai disiplin, termasuk Endokrinologi, Nefrologi dan pembedahan plastik.
Selain penglibatan aktif doktor-doktor, seluruh pasukan sokongan MKDS turut memainkan peranan penting dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar.
Penganjuran satu sesi Pendidikan Perubatan Berterusan (Continuing Medical Education) ini merupakan salah satu usaha MKDS dalam memastikan doktor dan seluruh pasukan perubatannya sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam bidang pengurusan obesiti, khususnya dari aspek farmakoterapi, rawatan, pemilihan intervensi serta penjagaan pesakit secara menyeluruh.

Komitmen tersebut turut mendapat sokongan kepimpinan MKDS yang sentiasa menekankan kepentingan budaya ilmu dan pembelajaran berterusan dalam organisasi. Pengarah Urusan MKDS, Adj. Prof. Dr. Nuraishah Hanani Abdul Ghani, bersama pasukan pengurusan dan perubatan MKDS, turut memainkan peranan dalam memperkukuh aspirasi organisasi untuk membangunkan perkhidmatan pengurusan obesiti yang berasaskan ilmu, bukti dan perkembangan perubatan semasa.
Relevan, pantas
Menurut Pengarah Perubatan MKDS, Dr. Suffian Sani Sayuti, pengurusan obesiti pada masa kini memerlukan pendekatan yang jauh lebih komprehensif berbanding sekadar konsultasi untuk mengekalkan gaya hidup sihat sahaja.
“Sebagai klinik yang memberi fokus kepada pengurusan perubatan obesiti terbaik di Malaysia, kami amat menitikberatkan perkembangan ilmu perubatan yang sentiasa bergerak dengan pantas.
"Justeru, kami ingin memastikan doktor-doktor MKDS sentiasa mengikuti perkembangan terkini serta mempunyai ilmu dan kefahaman yang relevan dalam bidang perubatan.
"Ini penting bagi memastikan setiap keputusan klinikal dibuat berdasarkan ilmu dan bukti semasa, tepat dan selamat, sekali gus membolehkan pesakit menerima penjagaan yang menyeluruh serta bertepatan dengan keperluan mereka,” katanya.
Antara tarikan utama MKDS Grand CME 2026 ialah perkongsian daripada pakar endokrinologi, Prof. Dr. Norlela Sukor dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, yang mengetengahkan aspek metabolik dan hormon yang berkait rapat dengan obesiti, termasuk pengurusan diabetes serta komplikasi metabolik.
Perkongsian daripada Assoc. Prof. Dr. Wan Ahmad Hafiz, Pakar Perunding Nefrologi dan Ketua Bahagian Nefrologi PPUM, pula menekankan hubungan rapat antara obesiti, diabetes dan kesihatan buah pinggang.
Pembedahan plastik
Sementara itu, perspektif pembedahan plastik disampaikan oleh Dr. Wan Syazli, Pakar Perunding Bedah Plastik, Avisena Hospital Shah Alam, khususnya berkaitan pengurusan pesakit selepas penurunan berat badan yang ketara, masalah lebihan kulit dan perubahan fizikal yang memerlukan penilaian serta pengurusan yang bersesuaian.
Selain aspek klinikal, MKDS Grand CME 2026 turut mementingkan aspek kecemerlangan insan, prestasi dan kualiti perkhidmatan. Slot perkongsian oleh Tuan Rizal Rashid menekankan kepentingan komunikasi, kemahiran interpersonal serta penambahbaikan berterusan dalam kalangan staf MKDS bagi memastikan pengalaman dan perkhidmatan yang diterima pesakit sentiasa berada pada tahap yang cemerlang.
Pendekatan ini mencerminkan bahawa pengurusan obesiti bukan hanya bergantung kepada kepakaran perubatan, tetapi turut memerlukan pasukan yang mampu memberikan sokongan dan pengalaman penjagaan yang menyeluruh kepada pesakit.
Selain perkongsian daripada pakar jemputan, doktor-doktor MKDS turut mengambil bahagian secara aktif dalam sesi perkongsian dan perbincangan klinikal dalam pengurusan obesiti.
Komitmen MKDS terhadap pengembangan ilmu turut diperluas ke peringkat antarabangsa apabila doktor-doktor MKDS diberi peluang menyertai persidangan seperti European Association for the Study of Obesity (EASO) di Istanbul dan ISSCA Peptide World Congress di Peru.
Pendedahan di pentas global ini penting bagi memastikan amalan klinikal terus berkembang seiring dengan kemajuan dalam bidang obesiti dan perubatan moden.
Ilmu dan pengalaman yang diperoleh kemudiannya dibawa pulang dan dikongsi bersama pasukan MKDS yang lain menerusi MKDS Grand CME 2026.
Budaya pembelajaran dan pendidikan berterusan ini merupakan elemen penting dalam aspirasi MKDS untuk membangunkan perkhidmatan pengurusan obesiti yang bukan sekadar memberi tumpuan kepada angka pada penimbang, tetapi turut mengambil kira kesihatan metabolik, komorbiditi, komposisi badan dan kualiti hidup pesakit secara menyeluruh.
Melalui MKDS Grand CME 2026, MKDS komited untuk terus memperkukuh budaya perkongsian ilmu dan pembelajaran berterusan dalam kalangan doktor serta seluruh pasukan perubatannya.
Dengan penekanan terhadap pembangunan ilmu dan pendidikan berterusan, MKDS terus memperkasa perkhidmatan pengurusan obesiti yang komprehensif, berasaskan bukti dan berorientasikan keperluan setiap individu.
Tentang Penulis

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Dari Penulis

Black Vortex FC semakin berbisa, tawan ELBA Merdeka Cup B-14
Deel Anjer · 25 September 2026 pada 09:52 PG

Ultra Kalcer Malaysia 2026, gabung 19 artis serumpun
Deel Anjer · 24 September 2026 pada 12:57 PTG

Rohingya boleh ambil lesen memandu? JPJ tampil bersuara
Deel Anjer · 24 September 2026 pada 11:29 PG

“Terima kasih kerana pernah menjadi isteri saya” - Fikry Ibrahim
Deel Anjer · 24 September 2026 pada 02:42 PG
Berita berkaitan

Jelajah Farmasi FELDA perkasa kesedaran komuniti mengenai penggunaan ubat selamat
Deel Anjer · 20 September 2026 pada 05:55 PTG

“Baik mati daripada hidup!”, Dr Hisham dedah bahaya suara toksik
Deel Anjer · 16 September 2026 pada 11:07 PG

Faraj longgar sebab kerap seks? Dr Afif bongkar mitos sebenar
Deel Anjer · 13 September 2026 pada 09:02 PG

KKM Sasar Tangani Masalah Obesiti Dan Diabetes Menerusi Belanjawan 2026
Danial Adam · 3 September 2026 pada 04:00 PTG

