EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Kesihatan

Jelajah Farmasi FELDA perkasa kesedaran komuniti mengenai penggunaan ubat selamat

Program Jelajah Farmasi @ Komuniti dan Sambutan Hari Farmasi Sedunia Negeri Perlis 2026 menjadi platform memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesihatan

Deel Anjer20 September 2026 pada 05:55 PTGDikemas kini 20 September 2026 pada 06:04 PTG
Program Jelajah Farmasi @ Komuniti dan Sambutan Hari Farmasi Sedunia Negeri Perlis 2026 menjadi platform memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesihatan

Program Jelajah Farmasi @ Komuniti dan Sambutan Hari Farmasi Sedunia Negeri Perlis 2026 menjadi platform memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesihatan

Program Jelajah Farmasi @ Komuniti dan Sambutan Hari Farmasi Sedunia Negeri Perlis 2026 menjadi platform memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesihatan serta penggunaan ubat-ubatan secara selamat dan berkesan.

Program yang berlangsung pada Sabtu, di FELDA Chuping, Perlis itu turut menghimpunkan pelbagai agensi kesihatan dan komuniti menerusi aktiviti berbentuk pendidikan, kesihatan serta kemasyarakatan.

Majlis perasmian disempurnakan Exco Kesihatan Negeri Perlis, Tuan Megat Hashirat Hassan.

Program Jelajah Farmasi @ Komuniti dan Sambutan Hari Farmasi Sedunia Negeri Perlis 2026 menjadi platform memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesihatan

Turut hadir ialah  Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr Ghazali Chik; Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Perlis, Pn Rubiyaton Jamaludin; Pengerusi Persatuan Farmasi Malaysia Kawasan Kedah-Perlis, Pn Mandy Ng Lai Yan serta Pengarah Wilayah FELDA Wilayah Alor Setar, Pn Rohana Abu Bakar.

Antara pengisian utama program ialah perkongsian kesihatan oleh KPJ Perlis Specialist Hospital dan Hanan Medicare, senamrobik, Perlis Pharmacy Run serta pertandingan Pidato Gerak Sihat Mai Kenai Ubat.

Turut dilancarkan inisiatif Mai Kenai Ubat & Sah Ubat, selain jualan rahmah, pameran dan pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan serta Skuad Maya FELDA.

Program Jelajah Farmasi @ Komuniti dan Sambutan Hari Farmasi Sedunia Negeri Perlis 2026 menjadi platform memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesihatan

Program turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti untuk golongan kanak-kanak dan keluarga termasuk pertandingan mewarna, Explore Health, Spell It Drugs, pertandingan penyediaan makanan sihat serta cabutan bertuah

Dalam program sama, Waqaf FELDA turut menyerahkan sumbangan peralatan kawalan kebakaran kepada FELDA Chuping selain mengagihkan manfaat kepada Sekolah KAFA FELDA Chuping.

Sumbangan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Waqaf  FELDA dalam menyokong keperluan komuniti, khususnya dalam aspek keselamatan, pendidikan dan kesejahteraan warga FELDA.

Penganjuran Jelajah Farmasi @ Komuniti turut dilihat sebagai usaha memperkukuh kerjasama antara agensi kesihatan, FELDA dan masyarakat, di samping mendekatkan maklumat berkaitan kesihatan serta penggunaan ubat yang betul kepada komuniti setempat.

Usaha itu selaras dengan keperluan memperkasa masyarakat supaya lebih peka terhadap penjagaan kesihatan dan membuat pilihan berkaitan penggunaan ubat secara tepat, selamat dan bertanggungjawab.

Tentang Penulis

Foto profil Deel Anjer
Deel Anjer

Wartawan

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Berita berkaitan