“Baik mati daripada hidup!”, Dr Hisham dedah bahaya suara toksik
Kita mungkin masih menyimpan suara-suara toksik yang terus bermain di kepala.

Healing Centre Dr Hisham Dzakiria turut memberi penekanan terhadap aspek kesejahteraan mental dan emosi
KATA-KATA negatif yang pernah dilemparkan orang lain terhadap diri seseorang boleh meninggalkan kesan mendalam sehingga menjadi ‘suara’ yang terus bermain dalam fikiran.
Menurut pemilik Healing Centre Dr Hisham Dzakiria, Dr Hisham Dzakiria, suara-suara toksik seperti “engkau tak pandai”, “engkau lemah”, “engkau menyusahkan” atau lebih buruk lagi “baik kau mati” tidak seharusnya dibiarkan terus menguasai pemikiran.
Beliau berkata, perkara paling penting ialah menyedari bahawa seseorang mempunyai kuasa atau hak untuk menentukan sama ada mahu terus membiarkan kata-kata negatif itu menghantui diri atau memilih untuk melepaskannya.
“Antara kita mungkin masih menyimpan suara-suara toksik yang terus bermain di kepala. Tetapi cuba kita tanya diri sendiri, suara siapa sebenarnya itu?
“Ia datang daripada pemikiran kita. Dan siapa yang membenarkan suara-suara toksik itu terus bermain dalam fikiran? Diri kita sendiri,” katanya.
Dr Hisham berkata, individu yang pernah disakiti, dikritik atau direndahkan tidak seharusnya membenarkan kata-kata berkenaan terus ‘menyewa’ ruang dalam hati dan fikiran mereka.
“Berapa lama kita mahu membiarkan orang yang mengkritik atau menyakiti kita terus menyewa ruang dalam hati hanya kerana kita membenarkannya?
“Stop. You have the power to say no. Enough is enough. Katakan kepada diri sendiri, ‘I am not that’,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa kehidupan terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara negatif, termasuk terlalu memikirkan kata-kata individu yang tidak pernah menghargai diri seseorang.
“Hidup ini terlalu singkat. Kita tidak mempunyai masa untuk terus dibelenggu perkara negatif atau hidup hanya kerana kata-kata orang yang tidak pernah menghargai kita.
“Memang sakit apabila disakiti. Tetapi jangan biarkan kesakitan itu terus mengawal hidup kita.
“Kita mempunyai kuasa untuk memilih apa yang mahu kita fikirkan, apa yang mahu kita simpan dalam hati dan apa yang mahu kita lepaskan,” katanya.
Justeru, Dr Hisham mengajak orang ramai supaya berani menetapkan batas terhadap pemikiran negatif dan mula memilih diri sendiri.
“Cukuplah. Katakan tidak kepada suara-suara toksik itu. Kita tidak perlu menjadi seperti apa yang orang lain labelkan terhadap kita,” katanya.
Apa yang istimewa, Healing Centre Dr Hisham Dzakiria turut memberi penekanan terhadap aspek kesejahteraan mental dan emosi sebagai sebahagian daripada usaha membantu individu memahami serta mengurus cabaran kehidupan dengan lebih baik. - THE STEP
Tentang Penulis

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Dari Penulis

Hari Malaysia: Bukan sekadar tarikh, tapi kisah rundingan
Deel Anjer · 16 September 2026 pada 10:50 PG

Michael Ang persoal bil elektrik meningkat… ‘Sebelum ini RM1,200, sekarang hampir RM2000’
Deel Anjer · 16 September 2026 pada 09:56 PG

‘Ramai orang ingin melihat aku jatuh’ – Aisar Khaled
Deel Anjer · 16 September 2026 pada 09:18 PG

Kebun hangus dijilat api… “Syukur kami selamat” - Ben Amir
Deel Anjer · 14 September 2026 pada 02:44 PTG
Berita berkaitan

Faraj longgar sebab kerap seks? Dr Afif bongkar mitos sebenar
Deel Anjer · 13 September 2026 pada 09:02 PG

KKM Sasar Tangani Masalah Obesiti Dan Diabetes Menerusi Belanjawan 2026
Danial Adam · 3 September 2026 pada 04:00 PTG

Larangan Penuh Vape Disasar Dilaksana Berperingkat, Bermula Sistem Terbuka
Danial Adam · 2 September 2026 pada 09:00 PTG

Siri iPhone 17 Rasmi Dipasarkan Di Malaysia, Harga Bermula RM4,499
Danial Adam · 6 September 2026 pada 06:00 PTG

