55,169 penjawat awam berisiko tinggi kesihatan mental, jangan hanya kejar KPI
Seseorang yang kelihatan berfungsi seperti biasa di tempat kerja tidak semestinya berada dalam keadaan baik dari segi emosi dan mental

Seseorang yang kelihatan berfungsi seperti biasa di tempat kerja tidak semestinya berada dalam keadaan baik. — Facebook: Public Health Malaysia
Seramai 55,169 penjawat awam atau 4.6 peratus dikenal pasti berisiko tinggi dari aspek kesihatan mental menerusi saringan MyPsyD.
Dalam masa sama, 421,395 pegawai awam atau 35.8 peratus lagi berada dalam kategori berisiko sederhana daripada keseluruhan 1.18 juta penjawat awam yang menjalani saringan berkenaan.
Perkara itu turut mendapat perhatian Public Health Malaysia (PHM) menerusi satu perkongsian di Facebook yang mengingatkan bahawa seseorang yang kelihatan berfungsi seperti biasa di tempat kerja tidak semestinya berada dalam keadaan baik dari segi emosi dan mental.

Menurut PHM, seseorang mungkin masih hadir bekerja tepat pada waktunya, menyiapkan tugasan mengikut tempoh ditetapkan, melayan pelanggan dengan senyuman serta membalas mesej berkaitan kerja di luar waktu pejabat.
Namun, keadaan itu tidak semestinya menggambarkan apa yang sedang berlaku dalam diri individu berkenaan.
PHM berkata, angka daripada saringan MyPsyD bukan sekadar data laporan, sebaliknya menjadi peringatan kepada organisasi dan majikan supaya memberi perhatian terhadap kesejahteraan mental warga kerja.
“Risiko tinggi bukan bermaksud hilang keupayaan, tetapi isyarat awal perlunya sokongan dan intervensi,” menurut perkongsian itu.
PHM turut menekankan bahawa kesihatan mental di tempat kerja bukan semata-mata isu individu, sebaliknya turut berkait dengan persekitaran kerja serta keprihatinan rakan sekerja.
Justeru, warga kerja disaran lebih peka terhadap keadaan rakan di sekeliling dan tidak hanya menilai seseorang berdasarkan prestasi atau pencapaian kerja.
Dalam pada itu, garis panduan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut menggariskan pengurusan pegawai berisiko secara menyeluruh, termasuk proses penilaian, validasi, intervensi dan pemantauan.
PHM dalam perkongsian itu turut mengingatkan majikan supaya tidak hanya memikirkan soal sasaran kerja dan KPI, sebaliknya turut mengambil kira keadaan manusia yang melaksanakan tugasan berkenaan.
“Jaga manusia, bukan hanya KPI,” demikian mesej yang diketengahkan PHM
Tentang Penulis

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Dari Penulis

“Baru 23 komen dah tutup!” – Netizen terus desak DAK dibawa pulang
Deel Anjer · 27 September 2026 pada 02:43 PTG

Siti Nurhaliza cari Habsah Hassan sebelum naik pentas, budi bahasa dipuji netizen
Deel Anjer · 27 September 2026 pada 10:21 PG

‘Terima kasih abang KTM, serikan anak-anak dan isteri saya dengan hon’
Deel Anjer · 26 September 2026 pada 09:01 PTG

MOMOYO buka kedai flagship pertama berkonsep bakeri di Malaysia
Deel Anjer · 26 September 2026 pada 03:20 PTG
Berita berkaitan

Pickleball Smash 2026 bawa semangat perpaduan, sokong peniaga kecil
Deel Anjer · 25 September 2026 pada 01:26 PTG

MKDS bongkar bahaya obesiti: Bukan sekadar gemuk, risiko diabetes hingga buah pinggang
Deel Anjer · 25 September 2026 pada 09:27 PG

Jelajah Farmasi FELDA perkasa kesedaran komuniti mengenai penggunaan ubat selamat
Deel Anjer · 20 September 2026 pada 05:55 PTG

“Baik mati daripada hidup!”, Dr Hisham dedah bahaya suara toksik
Deel Anjer · 16 September 2026 pada 11:07 PG

