Zahnita Wilson sah bergelar isteri Farouk Osman Yunus
Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson dinikahkan abangnya, Mohd Julian Hussein
TS
Oleh The StepPengarang Berita26 September 2026 pada 12:43 PTG1 min bacaanDikemas kini 26 September 2026 pada 12:47 PTG

Pelakon dan model, Zahnita Wilson, 41, sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Farouk Osman Yunus, dalam majlis pernikahan di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya, pagi tadi.
Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson dinikahkan abangnya, Mohd Julian Hussein, dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Daerah Sepang, Mohammad Nazri Sobirin.
Majlis sederhana itu dihadiri keluarga dan rakan terdekat. Zahnita menerima mas kahwin RM300, selain hantaran berupa dua bentuk cincin dan kelengkapan solat.
Pasangan berkenaan tampil sedondon mengenakan persalinan serba putih hasil sentuhan Ruby Signature.
Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
The StepPengarang Berita, The Step | 199 siaran
Dari PenulisCuri kabel di siang hari di Jalan Tun Razak, polis giat buru kumpulan suspekPierce Brosnan dinobatkan James Bond paling kacak, Robert Pattinson di tempat kelima'Saya gesa Poay Tiong hormati sensitiviti umat Islam' – Menteri Agama
Lihat semua tulisanBerita berkaitan

Nasional
Curi kabel di siang hari di Jalan Tun Razak, polis giat buru kumpulan suspek
Oleh The Step21 November 2026 pada 04:14 PTG
Hiburan
Oleh Deel Anjer21 November 2026 pada 03:48 PTG
Hello Universe realisasikan impian peminat, 130,000 saksi kehebatan My Chemical Romance

Dunia
Pierce Brosnan dinobatkan James Bond paling kacak, Robert Pattinson di tempat kelima
Oleh The Step21 November 2026 pada 02:57 PTG
Hiburan
Oleh Deel Anjer21 November 2026 pada 02:24 PTG

