Wartawan, pelakon Santan Berlada meninggal dunia
Fauziah Abd Samad meninggal dunia di kediamannya di Kuang, Selangor, hari ini

Fauziah Abd Samad meninggal dunia di kediamannya di Kuang, Selangor, hari ini
Bekas wartawan hiburan yang juga pelakon drama popular, Santan Berlada dengan watak ikonik Monalisa (Mona), Fauziah Abd Samad meninggal dunia di kediamannya di Kuang, Selangor, hari ini.
Berita sedih ini disampaikan anaknya, Nadia menerusi media sosial Facebook Fauziah pada petang ini.
"Assalamualaikum. Innalillah wa inni ilaihi rajiun. Mak saya Fauziah Abd Samad telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 4 petang tadi.
"Mohon sedekahkan Al Fatihah buat mak saya, doakan semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal ibadah dan ditempatkan di antara hambaNya yang beriman," tulisnya.
Allahyarham Fauziah, 71, atau lebih dikenali sebagai Kak Jee tinggal berdua bersama suaminya dikenali sebagai Pali.
Sementara itu kematian Fauziah mengiringi pemergian rakan artis yang membintangi sitkom popular era 1980-an terbabit iaitu Allahyarham Khairul Azhar (Joe), Allahyarham Ali Mamak, dan mendiang Accapan.
Tentang Penulis
Dari Penulis

Isu New Age Movement: JAKIM beri teguran, dapatkan penjelasan Marhamah
The Step · 27 September 2026 pada 10:11 PTG

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG

Empat maut dalam kemalangan libatkan lima kenderaan
The Step · 27 September 2026 pada 10:09 PG
Berita berkaitan

“Adab Siti Nurhaliza tak boleh dilakonkan, contoh terbaik generasi kini” – Nourul Depp
Deel Anjer · 27 September 2026 pada 06:29 PTG

Siti Nurhaliza cari Habsah Hassan sebelum naik pentas, budi bahasa dipuji netizen
Deel Anjer · 27 September 2026 pada 10:21 PG

‘Terima kasih abang KTM, serikan anak-anak dan isteri saya dengan hon’
Deel Anjer · 26 September 2026 pada 09:01 PTG



