‘Umur baru 8 tahun, buat tabung nak jumpa saya’... Zizan Razak terharu
"Umur 8 tahun tapi peminat tegar Zizan Razak. Macam tak boleh percaya bila saya fikir balik." - Zizan Razak

Zizan meluahkan rasa terharu apabila akhirnya dapat bertemu dengan peminat ciliknya
KISAH seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang sanggup membuat tabung demi mengumpul duit untuk bertemu idolanya, Zizan Razak, ternyata menyentuh hati pelawak dan pelakon terkenal itu.
Menerusi perkongsian di media sosial, Zizan berkongsi mesej (DM) yang diterimanya daripada seorang lelaki yang memaklumkan anaknya begitu meminatinya sehingga menangis apabila mengetahui idolanya berada di lokasi berdekatan.
“Salam Zizan, anak saya nombor tiga sangat-sangat minat pada awak, tadi sampai menangis-nangis.
“Tadi dekat ITCC (Penampang, Sabah) dengar ada awak, terus dia nak jumpa awak.
“Umur baru 8 tahun tapi minat sangat-sangat pada awak sampai buat tabung. Saya tanya nak buat apa dengan tabung, dia kata nak kumpul duit nak jumpa awak,” katanya.
Kisah itu jelas memberi kesan kepada Zizan yang menganggap usaha peminat cilik berkenaan sebagai satu penghargaan yang tidak ternilai sepanjang perjalanan kariernya dalam industri hiburan.
Menerusi kapsyen video berkenaan, Zizan meluahkan rasa terharu apabila akhirnya dapat bertemu dengan kanak-kanak tersebut selepas menjayakan program realiti Borneo Rising, di ITCC Grand Ballroom, Penampang, Sabah, baru-baru ini.
“Terubat hati ini bila dapat hadiah yang tak ternilai sebegini.
“Bukan sekadar peminat tetapi hati yang ikhlas terpancar dari wajah peminat cilik saya ni.
“Umur 8 tahun tapi peminat tegar Zizan Razak. Macam tak boleh percaya bila saya fikir balik,” katanya.
Dalam pada itu, Zizan juga meluahkan rasa syukur apabila mempunyai peminat yang tidak pernah jemu untuk terus menyokongnya.
“Inilah hasil kerja penat lelah saya sepanjang dalam karier saya.
“Alhamdulillah syukur pada Allah di atas anugerah ini. Thanks so much kepada semua penyokong dan peminat saya selama ini. Love u guys so much,” tulisnya.
Perkongsian itu turut memperlihatkan bagaimana sokongan peminat, termasuk daripada generasi muda, menjadi antara perkara yang memberi makna kepada Zizan sepanjang bergelar anak seni.
Bagi Zizan, kasih sayang dan sokongan yang diberikan peminat bukan sekadar angka atau populariti, sebaliknya menjadi kenangan yang terus mengubat penat lelahnya sepanjang dua dekad dalam industri hiburan.
Tentang Penulis

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Dari Penulis

Penyu belimbing kembali mendarat, bertelur kali ketiga di Pantai Terengganu
Deel Anjer · 22 September 2026 pada 11:39 PG

Surat vokalis Linkin Park buat Siti Nurhaliza ditemui selepas 21 tahun
Deel Anjer · 21 September 2026 pada 08:06 PG
Berita berkaitan

Surat vokalis Linkin Park buat Siti Nurhaliza ditemui selepas 21 tahun
Deel Anjer · 21 September 2026 pada 08:06 PG

Zara Zya, Izzue Islam dan MK K-Clique terperangkap dalam cinta, perkahwinan toksik
Deel Anjer · 20 September 2026 pada 08:24 PTG

IVF kali kedua... Isteri Achey akui berdebar, takut dan teruja
Deel Anjer · 20 September 2026 pada 05:29 PTG

“Antara pementasan terbaik” – Perdana Menteri puji karya M. Nasir
The Step · 20 September 2026 pada 07:56 PG



