EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Hiburan

‘Terima kasih abang KTM, serikan anak-anak dan isteri saya dengan hon’

Hantaran berkenaan menggambarkan bagaimana perkara kecil seperti bunyi hon kereta api mampu menjadi momen menggembirakan

Deel Anjer26 September 2026 pada 09:01 PTGDikemas kini 26 September 2026 pada 09:05 PTG
Hantaran berkenaan menggambarkan bagaimana perkara kecil seperti bunyi hon kereta api mampu menjadi momen menggembirakan

'Dengan hon abang itu, boleh menyerikan depa (mereka) ni'

Momen ringkas seorang anggota Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membunyikan hon kereta api mencuri perhatian seorang pengguna Threads yang menghargai usaha itu untuk menceriakan anak-anak dan isterinya.

Pemilik akaun Threads, amin_abd_rahman, berkongsi penghargaan itu menerusi satu hantaran yang diselitkan dengan nada berseloroh.

“Terima kasih tau abang KTM, boleh menyerikan anak-anak saya dengan bini saya. Hahaha. Dengan hon abang itu, boleh menyerikan depa (mereka) ni.

“Abang memang awesome lah. Semoga abang murah rezeki, panjang umur dan dirahmati Allah selalu. Amin,” tulisnya.

Hantaran berkenaan menggambarkan bagaimana perkara kecil seperti bunyi hon kereta api mampu menjadi momen menggembirakan buat sebuah keluarga.

Lebih menarik, penghargaan itu turut disampaikan secara spontan dan bersahaja, sekali gus mencetuskan suasana positif dalam kalangan pengguna media sosial.

Tentang Penulis

Foto profil Deel Anjer
Deel Anjer

Wartawan

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Berita berkaitan