EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Hiburan

Surat vokalis Linkin Park buat Siti Nurhaliza ditemui selepas 21 tahun

Nota ringkas yang ditulis Bennington itu mempunyai permintaan khusus buat Siti supaya memakai topi yang diberikan

Deel Anjer21 September 2026 pada 08:06 PGDikemas kini 21 September 2026 pada 08:13 PG
Nota ringkas yang ditulis Bennington itu mempunyai permintaan khusus buat Siti supaya memakai topi yang diberikan

Surat yang ditulis Bennington itu mempunyai permintaan khusus buat Siti supaya memakai topi yang diberikan

Siapa sangka sekeping nota ringkas daripada mendiang vokalis Linkin Park, Chester Bennington, pernah menjadi sebahagian daripada kenangan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika menghadiri MTV Asia Awards 2005 di Bangkok, Thailand.

Lebih menarik, selepas 21 tahun, surat yang ditujukan khas kepada penyanyi kesayangan ramai itu masih disimpan pengurusnya, Rozi Abd Razak, sebelum ditemui semula ketika mengemas rumah baru-baru ini.Rozi menerusi perkongsian di Threads mendedahkan perkara itu pernah diceritakan kepada umum ketika sesi siaran langsung bersama Siti sebelum ini.

"Beberapa bulan lalu, saya cerita perkara ini ketika sesi 'live' bersama Siti. Tiba-tiba sedang kemas-kemas, saya jumpa semula surat daripada mendiang Bennington yang diterima kira-kira 21 tahun lalu.

"Surat ini sampai ke bilik hotel saya dan Siti. Saya simpan sampai sekarang," katanya.

nota ringkas yang ditulis Bennington itu mempunyai permintaan khusus buat Siti supaya memakai topi yang diberikan

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, surat tersebut ditujukan kepada 'Ms Siti Nurhaliza Binte Tarudin' di bilik 1017.

Lebih menarik, nota ringkas yang ditulis Bennington itu mempunyai permintaan khusus buat Siti supaya memakai topi yang diberikan ketika berada di atas pentas pada malam berkenaan.

"Kepada Ms Siti Nurhaliza Binte Tarudin. Harap dapat memakai topi di pentas malam ini. Terima kasih," tulisnya.

Rozi menjelaskan, surat berkenaan sekadar menjadi kenangan lama yang disimpannya sejak acara tersebut berlangsung.

"Disclaimer, mengimbau sahaja, tiada tujuan lain," katanya.

Untuk rekod, Siti mencipta kenangan tersendiri pada MTV Asia Awards 2005 apabila memenangi kategori Favourite Artiste Malaysia.

Penyanyi berkenaan turut membuat persembahan pada acara terbabit dan diperkenalkan sebagai Voice of Asia.

Bennington meninggal dunia pada 2017 ketika berusia 41 tahun. Beliau merupakan vokalis utama Linkin Park, kumpulan rock dari Amerika Syarikat yang mencipta populariti global menerusi lagu seperti In The End, Numb dan What I've Done.

Tentang Penulis

Foto profil Deel Anjer
Deel Anjer

Wartawan

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Berita berkaitan