The Step - Every Story Moves You

Siti Nurhaliza seru rakyat Malaysia sokong Aina Abdul di Eurovision Asia

Aina bakal mempersembahkan lagu baharu berjudul Bluest Sky yang sebelum ini dilancarkan khusus untuk pertandingan tersebut.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan21 Oktober 2026 pada 07:50 PG1 min bacaanDikemas kini 21 Oktober 2026 pada 07:51 PG
Aina bakal mempersembahkan lagu baharu berjudul Bluest Sky yang sebelum ini dilancarkan khusus untuk pertandingan tersebut.

Aina bakal mempersembahkan lagu baharu berjudul Bluest Sky yang sebelum ini dilancarkan khusus untuk pertandingan tersebut.

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengajak rakyat Malaysia bersatu memberikan sokongan kepada penyanyi dan komposer, Aina Abdul, yang bakal membawa nama negara ke pentas Eurovision Asia di Bangkok, Thailand, pada 14 November ini.

Menerusi hantaran di Threads, Siti turut menitipkan doa agar kejayaan berpihak kepada Aina dalam pertandingan muzik berprestij itu.

“Jom semua kita bagi sokongan buat adik saya Aina Abdul! Kita doakan kejayaan menjadi miliknya,” tulis Siti.

Seruan itu turut mendapat sokongan daripada beberapa rakan artis lain yang tidak ketinggalan memberikan kata-kata semangat buat Aina menjelang kemunculannya di pentas antarabangsa berkenaan.

Aina bakal mempersembahkan lagu baharu berjudul Bluest Sky yang sebelum ini dilancarkan khusus untuk pertandingan tersebut.

Lagu berkenaan turut mendapat pujian daripada peminat tempatan dan antarabangsa, sekali gus mencetuskan harapan agar Aina mampu memberikan persembahan terbaik dalam membawa identiti muzik Malaysia ke peringkat lebih luas.

Pertandingan Eurovision Asia yang dijadual berlangsung pada 14 November ini di Bangkok menyaksikan Malaysia bakal bersaing dengan beberapa negara lain, termasuk Thailand, Korea Selatan, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Bhutan.

Penyertaan Aina dalam pertandingan itu menjadi peluang untuk mengharumkan nama Malaysia di persada muzik antarabangsa, selain memperkenalkan bakat serta karya tempatan kepada khalayak yang lebih luas.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 199 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com