Siti Nurhaliza cari Habsah Hassan sebelum naik pentas, budi bahasa dipuji netizen
Tindakan Siti itu mendapat pujian ramai netizen yang menyifatkannya sebagai contoh adab dan budi bahasa yang wajar dicontohi, khususnya oleh generasi muda

Siti Nurhaliza dan Habsah Hassan menerima Anugerah Lagu Terbaik dan Lagu Tradisional Terbaik sempena AIM25 — Instagram: TVS Entertainment
Sikap rendah diri dan budi bahasa Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas beliau dilihat tercari-cari penulis lirik terkenal, Habsah Hassan sebelum menaiki pentas pada Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25).
Menerusi perkongsian video yang tular di media sosial, Siti dilihat terlebih dahulu mencari Habsah sebelum mereka bersama-sama menuju ke pentas bagi menerima trofi Lagu Tradisional Terbaik, menerusi lagu Pesanan Buat Diri.
Lebih menyentuh hati apabila Siti kemudian dilihat memimpin tangan Habsah ketika menaiki tangga pentas, sekali gus memperlihatkan rasa hormatnya terhadap insan yang terlibat dalam penghasilan karya berkenaan.
Tindakan Siti itu mendapat pujian ramai netizen yang menyifatkannya sebagai contoh adab dan budi bahasa yang wajar dicontohi, khususnya oleh generasi muda.
Antara komen netizen termasuk, “Love sangat Tokti, budi bahasa nombor satu. Memang patut nombor satu, she deserve,” manakala seorang lagi menyifatkan sikap berkenaan sebagai sesuatu yang patut diterapkan dalam kalangan generasi muda.
Ada juga netizen yang menganggap Siti sememangnya seorang yang tidak melupakan individu di sebalik kejayaan sesebuah karya.
“Siti memang dari dulu, dia akan dulukan orang yang sepatutnya diraikan bila menang award. Time AJL pun macam tu, dia bagi laluan kepada komposer dengan penulis lirik. Tokti sangat humble,” tulis seorang pengguna.
Seorang lagi netizen pula berseloroh, Siti dikatakan sudah mula tercari-cari komposer sebaik sahaja mahu menaiki pentas kerana baginya, insan yang menghasilkan karya juga perlu diraikan.
Momen tersebut sekali gus mencuri perhatian warganet, bukan hanya kerana kemenangan Siti, tetapi kerana cara beliau menghargai dan membawa bersama insan yang menjadi sebahagian daripada kejayaan karya berkenaan.
AIM25 turut menyaksikan lagu Pesanan Buat Diri itu dinobatkan sebagai Lagu Terbaik.
Siti Nurhaliza juga memenangi kategori Vokal Terbaik Wanita menerusi lagu Kesuma.
https://vt.tiktok.com/ZSb2xASCQ/
Tentang Penulis

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Dari Penulis

‘Terima kasih abang KTM, serikan anak-anak dan isteri saya dengan hon’
Deel Anjer · 26 September 2026 pada 09:01 PTG

MOMOYO buka kedai flagship pertama berkonsep bakeri di Malaysia
Deel Anjer · 26 September 2026 pada 03:20 PTG

Pelajar SMK Za’ba meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di asrama
Deel Anjer · 26 September 2026 pada 09:02 PG

Pelajar SMK Za’ba meninggal dunia didakwa mangsa buli, Asyraf Wajdi gesa siasatan segera
Deel Anjer · 26 September 2026 pada 08:07 PG
Berita berkaitan

‘Terima kasih abang KTM, serikan anak-anak dan isteri saya dengan hon’
Deel Anjer · 26 September 2026 pada 09:01 PTG

Zahnita Wilson sah bergelar isteri Farouk Osman Yunus
The Step · 26 September 2026 pada 12:43 PTG

Ultra Kalcer Malaysia 2026, gabung 19 artis serumpun
Deel Anjer · 24 September 2026 pada 12:57 PTG


