Siti Nurhaliza, Aisha Retno dominasi AIM25
Siti Nurhaliza membawa pulang Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu Kesuma

ANUGERAH Industri Muzik ke-25 (AIM25) melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Aisha Retno antara nama yang mencuri tumpuan menerusi kemenangan masing-masing.
Siti Nurhaliza membawa pulang Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu Kesuma, selain memenangi Kolaborasi Artis/Penulis Lagu Tempatan Bersama Artis/Penulis Lagu Luar Negara Terbaik menerusi Cenderamaya.
Lebih istimewa, lagu Pesanan Buat Diri nyanyian Siti turut memenangi Lagu Tradisional Terbaik serta anugerah utama Lagu Terbaik AIM25.
Sementara itu, Aisha Retno turut mencipta kejayaan apabila album [RE.HAB] dinobatkan sebagai Album Terbaik.
Album terbitan Jaydi dan Seatravel itu turut memenangi Rakaman Album Terbaik dalam kategori pra-anugerah.
Aisha turut membawa pulang Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi O.R.B.I.T.
Dalam kategori lain, Arddley Nicholas memenangi Vokal Lelaki Terbaik, Inteam (Vokal Kumpulan Terbaik), Hael Husaini dan Nadeera (Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik), manakala SOG bersama Amir Masdi dinobatkan sebagai Kugiran Terbaik.
Alpha pula memenangi Artis Baru Terbaik dan Lagu Pop Terbaik, manakala Mimifly membawa pulang beberapa pengiktirafan termasuk Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik dan Video Muzik Terbaik menerusi Temberang.
Ratu rock negara, Ella pula menerima Anugerah Sri Wirama pada edisi ke-25 AIM.
Sebanyak 15 kategori menerima geran Dana Kandungan Kreatif (DKK) berjumlah RM50,000 setiap satu, manakala pemenang Album Terbaik menerima geran sebanyak RM200,000.
Berikut merupakan senarai penuh pemenang AIM25:
1. Artis Baru Terbaik: Alpha, ‘Mona Lisa (Bang Bang)’
2. Vokal Lelaki Terbaik: Arddley Nicholas, ‘Sandiwara Cinta’
3. Vokal Wanita Terbaik: Dato’ Sri Siti Nurhaliza, ‘Kesuma’
4. Vokal Kumpulan Terbaik: Inteam, ‘Satukan Kami Di Syurga’
5. Kugiran Terbaik: Sekumpulan Orang Gila (SOG) ft Amir Masdi, ‘Mahkota’
6. Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik: Hael Husaini & Nadeera, ‘Peluk’
7. Video Muzik Terbaik: Hafiz Rashid, ‘Temberang’ (Mimifly)
8. Runut Bunyi Terbaik Di Dalam Filem Atau Drama: ‘Aku Bukan Narsisis’, Hazama
9. Lagu Rock Terbaik: ‘Bila Sampai Waktu’, Faizal Tahir
10. Lagu Pop Terbaik: ‘P Ramlee Saloma’, Alpha
11. Lagu Rap/Hip Hop Terbaik: ‘Tanya Tuhan’, Yonnyboii & Malique
12. Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik: ‘Temberang’, Mimifly
13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: ‘O.R.B.I.T’, Aisha Retno
14. Lagu Cina Tempatan Terbaik: ‘(Love Yourself)’, Yise Loo
15. Lagu India Tempatan Terbaik: ‘Kadhal War’, Buggimaan ft Sri Vithya
16. Kolaborasi Artis/Penulis Lagu Tempatan Bersama Artis/Penulis Lagu Luar Negara Terbaik: ‘Cenderamaya’, Dato’ Sri Siti Nurhaliza
17. Lagu Nasyid Terbaik: ‘Fitnah Akhir Zaman’, Halim Ahmad
18. Lagu Etnik Terbaik: ‘Pelangi Pasti’, Marsha Milan
19. Lagu Perpaduan Terbaik: ‘Matahari Malaya’, Mc Syze & Noh Salleh
20. Lagu Tradisional Terbaik: ‘Pesanan Buat Diri’, Dato’ Sri Siti Nurhaliza
21. Lagu Borneo Terbaik: ‘Dayang Bintang’, Mawat
22. Album Terbaik: [RE.HAB], Aisha Retno
23. Lagu Terbaik: ‘Pesanan Buat Diri’, Dato’ Sri Siti Nurhaliza
24. Kulit Single/Album Terbaik: Aidil Saleh, Misompuru, Marsha Milan
25. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu: Mimifly, ‘Nara’
26. Lagu Perayaan Terbaik: ‘Serumpun’, Mimifly
27. Rakaman Album Terbaik: Jaydi & Seatravel, [RE.HAB], Aisha Retno
28. Rakaman Lagu Terbaik: Koh Kok Boon, ‘Gasoline’, Akim & The Majistret
29. Anugerah Dalam Talian, Lagu Paling Tinggi Distrim: ‘Seni Berdamai Dengan Takdir’, Naim Daniel & Adnin Roslan
30. Anugerah Dalam Talian, Lagu Dengan Hasilan Tertinggi Di TikTok: ‘Serumpun’, Mimifly
31. Anugerah Dalam Talian, Video Muzik Rasmi Malaysia Dengan Tontonan Tertinggi Di Pelantar Video Utama: ‘Meriah Lain Macam’, Hael Husaini & Nadeera
32. Anugerah Sri Wirama: Ella.
Tentang Penulis
Dari Penulis

'Sekolah tempat anak-anak tuntut ilmu, bukan tempat hidup dalam ketakutan'
The Step · 27 September 2026 pada 10:57 PG

Empat maut dalam kemalangan libatkan lima kenderaan
The Step · 27 September 2026 pada 10:09 PG

Masalah disiplin: Ibu bapa punca, langsung tak pernah tegur anak-anak sendiri
The Step · 27 September 2026 pada 08:21 PG

Hentikan drama, filem promosi buli - Asyraf Wajdi
The Step · 26 September 2026 pada 09:28 PTG
Berita berkaitan

Siti Nurhaliza cari Habsah Hassan sebelum naik pentas, budi bahasa dipuji netizen
Deel Anjer · 27 September 2026 pada 10:21 PG

‘Terima kasih abang KTM, serikan anak-anak dan isteri saya dengan hon’
Deel Anjer · 26 September 2026 pada 09:01 PTG

Zahnita Wilson sah bergelar isteri Farouk Osman Yunus
The Step · 26 September 2026 pada 12:43 PTG

Ultra Kalcer Malaysia 2026, gabung 19 artis serumpun
Deel Anjer · 24 September 2026 pada 12:57 PTG

