EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Hiburan

‘Ramai orang ingin melihat aku jatuh’ – Aisar Khaled

Aku tahu, tidak semua orang menyukaiku

Deel Anjer16 September 2026 pada 09:18 PGDikemas kini 16 September 2026 pada 10:00 PG
Banyak orang ingin melihat aku jatuh

“Banyak orang ingin melihat aku jatuh, “ demikian luahan pempengaruh popular, Aisar Khaled menerusi hantaran di Instagram yang dipercayai merujuk kepada tekanan yang sedang dihadapinya ketika ini.

Dalam hantaran berkenaan, Aisar turut menyentuh mengenai individu yang didakwanya menunggu saat dirinya lemah serta berharap dia gagal dalam perjuangan yang sedang dilaluinya.

“Banyak orang ingin melihat aku jatuh. Mereka menunggu saat aku lemah, berharap aku gagal, bahkan mungkin merasa bahagia ketika melihat aku terluka.

“Ada yang datang membawa senyum, tetapi di belakangku mereka menjatuhkan.

“Ada yang mengaku teman, tetapi diam-diam menjadi orang yang paling ingin melihatku hancur.

“Aku tahu, tidak semua orang menyukaiku, dan aku juga tidak bisa memaksa semua orang untuk memahami perjuanganku,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Aisar turut menegaskan bahawa dirinya tidak menganggap segala luka dan dugaan yang dilalui sebagai alasan untuk mengalah.

“Terluka bukan berarti kalah. Aku mungkin bisa dipatahkan, tetapi aku akan selalu mencari cara untuk bangkit kembali.

“Ketika suatu hari aku berhasil berdiri lebih kuat dari sebelumnya, aku tidak akan sibuk membalas siapa pun.

“Kalian boleh berharap aku jatuh, tetapi jangan pernah berharap aku menyerah,”katanya.

Dalam hantaran sama, Aisar turut menyifatkan dirinya sebagai seorang anak dari negara Malaysia yang mahu berkongsi kebahagiaan di Indonesia, selain mendakwa jutaan manusia di negara berkenaan menyenangi kehadirannya.

Hantaran itu mendapat perhatian susulan Aisar kini berdepan laporan polis di Indonesia berhubung dakwaan kononnya terlibat penipuan dan pengubahan wang membabitkan sekitar 5.7 bilion rupiah (kira-kira RM1.3 juta).

Menurut laporan media, laporan berkenaan dibuat sebuah agensi yang pernah menjadi rakan kerjanya di Indonesia melalui wakil peguam, Machi Achmad.

Peguam pihak berkenaan, Michael Sugijanto, dilaporkan mendakwa kononnya pertikaian itu berpunca daripada perjanjian pelaburan antara Aisar dan syarikat terbabit, termasuk kewajipan tertentu yang didakwa masih belum diselesaikan.

Bagaimanapun, hantaran terbaharu Aisar itu tidak menyatakan secara khusus bahawa luahan tersebut mempunyai kaitan dengan laporan polis berkenaan. - THE STEP

Tentang Penulis

Foto profil Deel Anjer
Deel Anjer

Wartawan

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Berita berkaitan