PU Riz nafi dakwaan tiket wayang sebagai bayaran balik
“Jika pembeli tidak bersetuju, proses bayaran balik akan dilaksanakan. Kami mahu perkara ini diselesaikan dengan baik, telus dan adil kepada semua pihak" - PU Riz


“Jika pembeli tidak bersetuju, proses bayaran balik akan dilaksanakan. Kami mahu perkara ini diselesaikan dengan baik, telus dan adil kepada semua pihak" - PU Riz
PENDAKWAH bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa bayaran balik dalam bentuk tiket wayang, sambil menegaskan pihak syarikat komited untuk menyelesaikan setiap aduan pelanggan secara telus dan bertanggungjawab.
Menurut PU Riz, dakwaan berkenaan amat dikesali kerana boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap syarikat dan jenama Nunha, sedangkan pihaknya terbuka untuk menangani sebarang isu yang dibangkitkan oleh pembeli.
“Pertama sekali, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa tiket wayang tidak diganti sebagai bayaran balik.
“Dakwaan sedemikian amat dikesali dan tidak sepatutnya dibuat tanpa mengambil kira fakta serta penjelasan daripada pihak kami,” katanya.
Dalam pada itu, PU Riz menegaskan pihak Nunha sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi melaksanakan proses bayaran balik kepada pembeli yang berhak. Beliau turut memberi jaminan bahawa pihak syarikat tidak akan menghalang atau menyekat permohonan bayaran balik yang dibuat mengikut proses berkenaan.
Beliau turut menjelaskan bahawa memang terdapat persetujuan untuk menukar akad pembelian kepada barangan, namun perkara itu hanya dilaksanakan berdasarkan persetujuan pembeli dan bukannya secara paksaan.
Sekiranya pembeli tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan, proses bayaran balik akan diteruskan.
“Prinsip kami jelas. Sebarang pertukaran akad kepada barangan mestilah mendapat persetujuan pembeli sepenuhnya.
“Jika pembeli tidak bersetuju, proses bayaran balik akan dilaksanakan. Kami mahu perkara ini diselesaikan dengan baik, telus dan adil kepada semua pihak,” katanya.
Pihak Nunha berharap orang ramai memberikan ruang kepada syarikat untuk menyelesaikan perkara berkenaan melalui saluran yang sewajarnya, selain menggalakkan semua pihak mendapatkan penjelasan berdasarkan fakta sebelum membuat sebarang kesimpulan.
Sebelum ini, Neelofa dan PU Riz menerima kritikan ramai susulan pembatalan acara keagamaan anjuran mereka yang dijadualkan berlangsung esok di Rimbunan Forest City Golf Hotel, Johor.

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.
Berita berkaitan

Hello Universe realisasikan impian peminat, 130,000 saksi kehebatan My Chemical Romance

PU Riz seru umat Islam bersatu pelihara kesucian agama

‘Ada sebab lagu Pencuri sembilan tahun tersimpan’ - Haiza


