The Step - Every Story Moves You

Ernie Zakri nyanyi ‘La Vie En Rose’ bersama Presiden Perancis

Menurut Ernie, peluang menyanyikan lagu berkenaan bersama Macron merupakan pengalaman luar biasa yang akan sentiasa dikenang sepanjang hayat.

Deel Anjer
Oleh Deel AnjerWartawan18 November 2026 pada 03:44 PTG1 min bacaanDikemas kini 18 November 2026 pada 03:48 PTG
PENYANYI popular, Ernie Zakri mencipta satu kenangan cukup istimewa dalam perjalanan seninya apabila berpeluang mendendangkan lagu klasik Perancis, La Vie En Rose bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron. Pengalaman yang pastinya sukar dilupakan itu berlangsung pada majlis jamuan tengah hari rasmi yang dihoskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sempena lawatan rasmi dua hari Macron ke Malaysia. Lebih membanggakan, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, diberi penghormatan untuk mempersembahkan lagu ikonik berkenaan di hadapan pemimpin nombor satu Perancis itu, sekali gus menjadikan detik tersebut cukup bermakna buat dirinya. Menurut Ernie, peluang menyanyikan lagu berkenaan bersama Macron merupakan pengalaman luar biasa yang akan sentiasa dikenang sepanjang hayat. “Diberi penghormatan untuk membuat persembahan di hadapan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, merupakan detik yang amat bermakna dalam perjalanan seni saya. “Peluang menyanyikan La Vie En Rose bersama beliau menjadikan pengalaman ini lebih istimewa dan akan kekal sebagai kenangan yang saya hargai sepanjang hayat. “Saya amat bersyukur atas kepercayaan yang diberikan untuk membawa suara dan seni Malaysia ke pentas ini,” katanya. Momen berkenaan bukan sahaja menjadi kenangan manis buat penyanyi itu, malah turut memperlihatkan bagaimana muzik mampu menjadi medium menyatukan budaya dan merapatkan hubungan antara dua negara tanpa mengira perbezaan bahasa. Bagi Ernie, penghormatan tersebut pastinya menjadi antara pengalaman paling berharga sepanjang perjalanan karier seninya.

Ernie Zakri mencipta satu kenangan cukup istimewa dalam perjalanan seninya apabila berpeluang mendendangkan lagu klasik Perancis, La Vie En Rose bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

PENYANYI popular, Ernie Zakri mencipta satu kenangan cukup istimewa dalam perjalanan seninya apabila berpeluang mendendangkan lagu klasik Perancis, La Vie En Rose bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Pengalaman yang pastinya sukar dilupakan itu berlangsung pada majlis jamuan tengah hari rasmi yang dihoskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sempena lawatan rasmi dua hari Macron ke Malaysia.

Lebih membanggakan, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, diberi penghormatan untuk mempersembahkan lagu ikonik berkenaan di hadapan pemimpin nombor satu Perancis itu, sekali gus menjadikan detik tersebut cukup bermakna buat dirinya.

Menurut Ernie, peluang menyanyikan lagu berkenaan bersama Macron merupakan pengalaman luar biasa yang akan sentiasa dikenang sepanjang hayat.

“Diberi penghormatan untuk membuat persembahan di hadapan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, merupakan detik yang amat bermakna dalam perjalanan seni saya.

“Peluang menyanyikan La Vie En Rose bersama beliau menjadikan pengalaman ini lebih istimewa dan akan kekal sebagai kenangan yang saya hargai sepanjang hayat.

“Saya amat bersyukur atas kepercayaan yang diberikan untuk membawa suara dan seni Malaysia ke pentas ini,” katanya.

Momen berkenaan bukan sahaja menjadi kenangan manis buat penyanyi itu, malah turut memperlihatkan bagaimana muzik mampu menjadi medium menyatukan budaya dan merapatkan hubungan antara dua negara tanpa mengira perbezaan bahasa.

Bagi Ernie, penghormatan tersebut pastinya menjadi antara pengalaman paling berharga sepanjang perjalanan karier seninya.

Kongsi berita ini dengan keluarga dan rakanKongsi ke WhatsApp
Tentang Penulis
Deel AnjerWartawan, The Step | 199 siaran

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Lihat semua tulisan

Berita berkaitan

EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com