EcoTwin Step Training & Consultancy - Menyembuh Jiwa, Mengubah Kehidupan. Dr. Hisham Dzakiria. Hubungi 03-33591329 / 010-8418989, ecotwinstep@gmail.com
Hiburan

Michael Ang persoal bil elektrik meningkat… ‘Sebelum ini RM1,200, sekarang hampir RM2000’

Cara pemakaian sama tapi macam mana setiap bulan makin menaik

Deel Anjer16 September 2026 pada 09:56 PGDikemas kini 16 September 2026 pada 11:01 PG
Cara pemakaian sama tapi macam mana setiap bulan makin menaik

Pengarah dan penerbit, Michael Ang meluahkan rasa terkejut selepas mendapati bil elektrik kediamannya kini mencecah hampir RM2,000 sebulan, berbanding purata sekitar RM1,200 sebelum ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Michael berkata beliau mendakwa sebelum ini tidak pernah mengambil perhatian serius terhadap bil elektrik yang diterima, termasuk ketika bil masih dihantar secara bertulis sehingga beralih kepada format digital.

Menurutnya, keadaan itu membuatkan beliau mula tertanya-tanya mengenai peningkatan jumlah bil berkenaan sedangkan corak penggunaan elektrik di rumahnya didakwa masih sama.

“@tenaga_nasional, sumpah selama aku hidup dekat 60 tahun tak pernah aku tengok bil korang. Dulu-dulu datang rumah dan bagi bil tulisan sampai hari ini yang digital.

“Hari ini first time aku tengok bil you all! Terkejut beruk aku ni, dah macam buku nak terma untuk belajar PhD.

“Not single thing yang aku faham (yes, I am bodoh and bimbo), cuma satu aje aku faham, macam mana bil elektrik almost every month makin naik dan naik,” tulisnya.

Michael berkata, perkara yang paling mencetuskan persoalan adalah jumlah bayaran yang perlu dijelaskan yang kini hampir mencecah RM2,000.

“Aku tengok bil pun sebab terkejut dengan the amount I have to pay almost 2K! Untuk flat ni dua orang dewasa dan satu budak kecil.

“Cara pemakaian sama tapi macam mana setiap bulan makin menaik ni??? I think you all at TNB kena buat public video ke atau announcement dan ajar kita untuk baca bil you!” Katanya.

Dalam hantaran sama, Michael turut merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri mengenai usaha memastikan kos elektrik lebih rendah, sambil membandingkan jumlah bil yang diterimanya sebelum ini dengan kadar terkini.

“Seingat aku PMX cakap kita bayar lebih murah tapi kenapa makin mahal ni from average before this at 1.2K and now almost 2K! Gila ke apa!”

Luahan tersebut dilihat lebih kepada persoalan Michael mengenai cara memahami bil serta faktor yang menyebabkan jumlah bayaran elektrik kediamannya meningkat, selain berharap penjelasan lebih jelas dapat diberikan kepada pengguna.

Michael turut ‘menandakan’ atau tag  akaun Tenaga Nasional Berhad dalam hantaran berkenaan. - THE STEP

Tentang Penulis

Foto profil Deel Anjer
Deel Anjer

Wartawan

Penulis ini mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam industri media, khususnya dalam bidang kewartawanan, penulisan dan penghasilan kandungan. Selain pengalaman media, beliau turut berpengalaman dalam merancang dan menganjurkan pelbagai acara serta membina personal branding untuk individu dan organisasi. Gabungan pengalaman ini membolehkan beliau menghasilkan kandungan yang kreatif, berkesan dan mempunyai nilai kepada audiens.

Berita berkaitan